awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh Batang Kali: Pengurusan sekolah dan mangsa akan dirakam keterangan - Polis

Hilmi Malik
Hilmi Malik
19/12/2022
04:31 MYT
Tanah runtuh Batang Kali: Pengurusan sekolah dan mangsa akan dirakam keterangan - Polis
Suffian memaklumkan setakat ini tiga individu termasuk pengusaha kebun berkenaan telah dirakam keterangannya di Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor. - Foto BERNAMA
HULU SELANGOR: Polis akan mengaturkan pertemuan bersama pihak pengurusan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong bagi membantu siasatan insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Batang Kali, di sini Jumaat lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, setakat ini tiga individu termasuk pengusaha kebun berkenaan telah dirakam keterangannya di Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor.
"Tiga individu telah dirakam keterangan semalam (Ahad) dan saya percaya dalam kes ini ramai lagi yang akan dipanggil termasuk mangsa yang terselamat.
"Kita juga telah hubungi pihak SJKC Mun Choong untuk adakan pertemuan untuk dirakam percakapan mereka dan sekarang masih lagi dalam tindakan," katanya menerusi sidang media pada Isnin.
[LAPOR LANGSUNG] Cuaca mendung, operasi SAR sembilan lagi mangsa diteruskan
Ikuti perkembangan tragedi tanah runtuh Batang Kali DI SINI!
Mengulas lanjut, pihaknya berkata ia memerlukan sedikit masa berikutan perlu mengambil kira keadaan kedua-dua pihak yang masih trauma dengan insiden terbabit.
"Keadaan mangsa masih dalam keadaan trauma dan sebagainya jadi kita perlu beri ruang secukupnya untuk mereka pulih dan bersedia untuk bantu siasatan," ujarnya lagi.
Tambahnya, siasatan dibuat mengikut Seksyen 290, 304(A) Kanun Keseksaan dan Seksyen 7 Akta Kerajaan Tempatan 1967.
Setakat ini, operasi mencari dan menyelamat masih lagi giat dijalankan yang kembali bermula pada jam 8 pagi bagi mendapatkan baki sembilan lagi mangsa yang hilang.
Topic Berkaitan
#tanah runtuh
#batang kali
#SJKC Mun Choong
#Ketua Polis Daerah Hulu Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan