awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Siasat dan tahan pendakwah: Jangan timbul spekulasi negatif terhadap SPRM - Zamri
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh di kawasan sama mungkin boleh berlaku lagi - JMG Perak

Astro Awani
Astro Awani
10/11/2020
04:10 MYT
Tanah runtuh di kawasan sama mungkin boleh berlaku lagi - JMG Perak
Susulan kejadian tanah runtuh awal pagi ini, pihak Jabatan Mineral dan Geosains Perak mungkin akan membuat kajian lanjut untuk mengetahui tahap kekuatan tanah di kawasan tersebut. - Foto JBPM Perak
IPOH:Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Perak tidak menolak kemungkinan berlaku lagi tanah runtuh di sekitar kawasan Banjaran Hotsprings Retreat, Tambun, sekiranya berlaku hujan yang berpanjangan.
Sehubungan itu, pihak JMG Perak akan berbincang dengan pihak berkuasa untuk tindakan seterusnya, termasuk kemungkinan menutup sementara resort tersebut.
Timbalan Pengarah JMG Perak, Mat Niza Abdul Rahman berkata, pihaknya mungkin akan membuat kajian lanjut untuk mengetahui tahap kekuatan tanah di kawasan tersebut.
“Kawasan ini dikelilingi oleh bukit batu kapur. Di atas batu kapur itu, ada tanah baki hasil dari batu kapur itu. Di atas tanah itu tumbuh pokok-pokok. Jadi, kita tengok dari jauh, nampak macam stabil.
“Tetapi apabila hujan, hujan yang banyak macam semalam, air hujan itu melemahkan tanah di batu itu. Jadi, apabila tanah semakin lemah, itulah yang menyebabkan berlakunya tanah runtuh,” jelasnya.
Foto JBPM Perak
Foto JBPM Perak
BACA: Mayat mangsa tanah runtuh resort Tambun berjaya dibawa keluar
BACA: Tanah runtuh di Tambun, dua dikhuatiri tertimbus
Beliau yang ditemui selepas meninjau kawasan kejadian hari ini berkata, sepanjang pengetahuannya, ini merupakan kejadian tanah runtuh pertama yang berlaku di resort tersebut.
Dalam kejadian sekitar 1 pagi Selasa, sebahagian daripada sebuah villa di Banjaran Hotsprings Retreat, Tambun, dihempap tanah runtuh, dipercayai ekoran hujan berterusan sejak malam tadi.
Topic Berkaitan
#tanah runtuh
#Jabatan Mineral dan Geosains
#JMG Perak
#Mat Niza Abdul Rahman
#Banjaran Hot Spring Tambun
#batu kapur
#resort
#hotel
#Tambun
#Ipoh
#tutup resort
#tahap kekuatan tanah
#Kajian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan