awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanggungjawab institusi beraja untuk semak dan imbang

Bernama
Bernama
20/04/2019
09:50 MYT
Tanggungjawab institusi beraja untuk semak dan imbang
Selain fungsi 'semak dan imbang', Tengku Hassanal bertitah institusi beraja juga berperanan menyatupadukan rakyat.
Institusi beraja boleh melaksanakan tanggungjawab 'semak dan imbang' untuk menangani situasi semasa dalam keadaan masyarakat yang terbuka pada masa ini.
Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah bertitah fungsi itu adalah tuntutan semasa dan wajar dalam memelihara dan memupuk tradisi.
Sebagai contoh, baginda merujuk kepada isu berkaitan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dan Statut Rom yang dilihat mampu menggugat kedaulatan negara.
"Jadi di sinilah letaknya keperluan fleksibiliti dalam usaha melaksanakan sesuatu dasar dan penentuan tindakan," titah baginda semasa berucap merasmikan Kolokium Diraja 'Daulat Tuanku' di Muzium Abu Bakar di sini, pada Sabtu.
Turut hadir, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar dan Perladangan Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin yang juga Pengerusi Perbadanan Muzium Pahang.
Selain fungsi 'semak dan imbang', Tengku Hassanal bertitah institusi beraja juga berperanan menyatupadukan rakyat.
"Institusi beraja telah wujud sebati dalam masyarakat sejak lebih 600 tahun lalu dan membuktikan keberkesanannya dalam menangani penjajahan, membina negara yang merdeka, dan menghadapi isu globalisasi kini yang sangat memerlukan perpaduan," titah baginda.
Mengulas mengenai penganjuran kolokium selama dua hari itu, Tengku Hassanal menyifatkannya sebagai platform mendekatkan masyarakat, khususnya generasi muda dengan institusi beraja.
"Golongan muda dapat belajar dan faham dengan lebih mendalam mengenai fungsi institusi beraja di negara ini," titah baginda.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ICERD
#instutusi diraja
#kedaulatan negara
#Masyarakat
#Pemangku Raja Pahang
#Statut Rom
#Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah
#tradisi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan