awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM ucap selamat menyambut Hari Easter kepada penganut Kristian
Konflik Asia Barat: Malaysia perlu amal diplomasi bijak, urus hubungan perdagangan - Anwar
Pemandu maut tercampak, lori terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tangisan bayi berhampiran kereta terbakar

Sinar Harian
Sinar Harian
28/02/2026
06:10 MYT
Tangisan bayi berhampiran kereta terbakar
Nahas di Kilometer 19, Jalan Kluang-Batu Pahat dekat UTHM pada awal pagi Sabtu. - Foto tular
Tangisan seorang bayi kedengaran berhampiran sebuah kereta yang terbalik dan terbakar di Kilometer 19, Jalan Kluang-Batu Pahat berdekatan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di sini pada awal pagi Sabtu.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.40 pagi itu, bayi perempuan berusia 10 bulan tersebut dilaporkan cedera parah di kepala, manakala ibunya turut mengalami kecederaan selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabas sebelum terbakar dipercayai akibat tayar pecah.
Terdahulu, tular video berdurasi 53 saat memaparkan beberapa pengguna jalan raya berlari ke lokasi kejadian ketika kereta berkenaan sedang marak terbakar.
Kedengaran tangisan bayi berhampiran kenderaan yang terbakar itu, manakala seorang mangsa dilihat terbaring tidak sedarkan diri bersebelahan bayi berkenaan.
Keadaan kereta tersebut juga remuk dan rosak teruk.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah berkata, kereta itu dipandu lelaki tempatan berusia 26 tahun bersama isterinya berumur 41 tahun dan bayi perempuan mereka sebagai penumpang.
“Akibat kemalangan itu, pemandu mengalami kecederaan di bahagian tangan kiri manakala isterinya cedera di kepala. Kedua-duanya dirawat di Zon Kuning Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI).
“Bayi mereka pula mengalami kecederaan parah di kepala dan dirawat di Zon Merah HSNI,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#tangisan bayi
#kereta terbakar
#kemalangan
#Batu Pahat
#UTHM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan