awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Ketua Majlis Strategik Iran meninggal dunia akibat serangan AS–Israel
Melania Trump nafi dakwaan hubungan dengan Epstein, desak pendengaran Kongres
Konflik Asia Barat: Israel mahu adakan rundingan terus dengan Lubnan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tapak pelupusan Kayu Madang hampir penuh, DBKK perhebat pengasingan sisa dari punca

Bernama
Bernama
09/04/2026
02:53 MYT
Tapak pelupusan Kayu Madang hampir penuh, DBKK perhebat pengasingan sisa dari punca
Menurut Leong, pengurusan sisa pepejal dari punca amat penting berikutan jangka hayat tapak pelupusan sedia ada di Kayu Madang semakin berkurangan. - Gambar Bernama
Tapak pelupusan sampah utama di Kayu Madang, dekat sini, hampir mencapai kapasiti maksimum sekali gus menuntut tindakan segera dalam pengurusan sisa pepejal di kawasan sekitar bandar raya ini.
Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Leong Tze Fui berkata, pihaknya menekankan kepentingan pengasingan sisa dari punca sebagai langkah strategik untuk memanjangkan jangka hayat tapak pelupusan berkenaan.
Beliau berkata, strategi itu merupakan sebahagian daripada rancangan pembaharuan dan penambahbaikan DBKK bagi memastikan pengurusan sisa pepejal efektif dalam kalangan warga kota khususnya peniaga makanan.
“Program ini antara lain untuk memastikan pengasingan sisa pepejal yang boleh dikompos dan sisa yang boleh dikitar semula. Kita akan maklumkan sebelum ia dilaksanakan. Kita memberi kesedaran terlebih dahulu (mengenai kepentingan pengasingan sisa pepejal dari punca).
“Buat masa ini, tahap pengasingan sisa dari punca dalam kalangan peniaga adalah sifar. Justeru, peniaga makanan digesa untuk melaksanakan pengasingan dari punca. Jangan semua sisa pepejal dibuang ke dalam tong sampah,” katanya kepada Bernama.
Leong berkata, pengurusan sisa lebih sistematik bukan sahaja mengurangkan tekanan terhadap tapak pelupusan, malah membolehkan sisa yang dikitar semula dijadikan bahan mentah.
Beliau berkata, sisa yang boleh dikompos boleh diproses menjadi baja organik seterusnya menyumbang kepada kelestarian alam sekitar.
Menurut Leong, pengurusan sisa pepejal dari punca amat penting berikutan jangka hayat tapak pelupusan sedia ada di Kayu Madang semakin berkurangan.
Beliau berkata, tapak itu merupakan satu-satunya tapak pelupusan sampah di Kota Kinabalu dan turut menampung sisa dari daerah berdekatan.
“Kita cuma ada satu sahaja tapak pelupusan sampah di Kayu Madang dan jangka hayat itu akan merosot atau jadi pendek sekiranya tiada proses pemulihan dibuat.
“Sisa yang boleh dikitar semula patut diasingkan dan tidak ke tapak pelupusan. Sisa yang boleh dikompos pula patut jadi baja.
“Sekarang Tapak Pelupusan Sampah Kayu Madang memasuki fasa terakhir. Tapak pelupusan sampah ini wujud sejak 1997. Kalau tiada program pengasingan sisa pepejal dilaksanakan, kita membazirkan sumber yang boleh dipulihkan,” katanya.
Mengulas lanjut program pengurusan sisa pepejal dari punca, Leong berkata, pelaksanaannya ketika ini belum dibuat secara tegas berikutan kekangan dihadapi peniaga serta DBKK dalam menyediakan kemudahan kutipan mencukupi.
Katanya, pengasingan sisa dari punca khususnya melibatkan sisa makanan memerlukan pelupusan segera bagi mengelakkan pencemaran bau, justeru, DBKK perlu menyediakan kemudahan, selain menetapkan jadual kutipan.
“Kita tidak mahu, hari ini pengasingan sisa dibuat, tetapi akhirnya mewujudkan masalah baharu…. perlu perancangan rapi,” katanya.
Leong berkata, program pengasingan sisa dari punca dijangka bermula tahun depan, manakala tahun ini memberi tumpuan kepada penelitian, kemas kini dan usaha pendidikan kepada pihak berkepentingan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sabah
#Leong Tze Fui
#DBKK
#Tapak Pelupusan
#sisa pepejal
#Kayu Madang
#jangka hayat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan