awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tarif Elektrik Hijau dibuka semula mulai 11 Ogos

Bernama
Bernama
10/08/2023
13:39 MYT
Tarif Elektrik Hijau dibuka semula mulai 11 Ogos
Program GET adalah permohonan untuk kuota tenaga hijau sebanyak 1,899 gigawatt jam (GWh) membabitkan kontrak selama lima bulan mulai 1 Ogos hingga 31 Dis 2023. - Gambar hiasan/Pexel
KUALA LUMPUR: Program Tarif Elektrik Hijau (GET) oleh Suruhanjaya Tenaga akan dibuka esok (11 Ogos) untuk langganan baharu.
Program GET adalah permohonan untuk kuota tenaga hijau sebanyak 1,899 gigawatt jam (GWh) membabitkan kontrak selama lima bulan mulai 1 Ogos hingga 31 Dis 2023.
"Program ini membolehkan syarikat/industri berfokuskan Tenaga Boleh Baharu 100 (RE100) serta alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) untuk segera mendapatkan tenaga hijau yang diperakui sehingga 100 peratus daripada penggunaan elektrik bulanan mereka.
"Oleh itu, syarikat/industri ini boleh mencapai matlamat RE100 mereka secara lebih cepat dengan Sijil Tenaga Boleh Diperbaharui Malaysia (mREC) yang diiktiraf di peringkat antarabangsa," kata pengawal selia sektor elektrik itu dalam satu kenyataan hari ini.
Suruhanjaya Tenaga itu menambah mREC memastikan bahawa setiap kilowatt jam (kWj) tenaga hijau yang dibeli oleh pelanggan GET akan dikenal pasti secara unik kepada sumber penjanaan tenaga boleh diperbaharui tertentu, yang seterusnya disambungkan ke infrastruktur Grid Nasional dan boleh dihantar kepada pelanggan GET.
Program GET turut memberi pengecualian penuh kepada pelanggan GET daripada caj pelepasan tidak seimbang (ICPT) ke atas tenaga hijau yang digunakan dalam bil elektrik mereka.
"Peruntukan kuota tenaga hijau yang ada di bawah program GET adalah bagi pelanggan yang layak secara siapa cepat dia dapat.
"Pemohon yang berminat diingatkan untuk melanggan dalam tempoh permohonan iaitu dari 11 pagi hingga 5 petang esok dengan daftar masuk ke myTNB Portal di www.myTNB.com.my," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mREC
#RE100
#peringkat antarabangsa
#tenaga hijau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan