awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir di KL, 11 negeri hingga 9 malam ini
ETCon26 pacu pelaksanaan pelan peralihan tenaga negara
MFL rancang pertemuan meja bulat bersama semua CEO kelab Liga-M
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS tarik balik sekatan terhadap Presiden sementara Venezuela, Delcy Rodriguez

Bernama
Bernama
02/04/2026
01:29 MYT
AS tarik balik sekatan terhadap Presiden sementara Venezuela, Delcy Rodriguez
Amerika Syarikat (AS) menarik balik sekatan terhadap Presiden sementara Venezuela, Delcy Rodriguez (gambar), kurang tiga bulan selepas pemimpin Nicolas Maduro ditahan dalam operasi ketenteraan AS. - Gambar fail/Reuters
Amerika Syarikat (AS) pada Rabu menarik balik sekatan terhadap Presiden sementara Venezuela, Delcy Rodriguez, kurang tiga bulan selepas pemimpin Nicolas Maduro ditahan dalam operasi ketenteraan AS, lapor Anadolu Ajansi.
Keputusan itu diumumkan menerusi laman sesawang Jabatan Perbendaharaan AS, yang mengeluarkan nama Rodriguez daripada senarai sekatan sebagai sebahagian daripada usaha untuk memulihkan semula hubungan diplomatik dan menstabilkan negara itu.
Washington sebelum ini mengenakan sekatan terhadap Rodriguez pada 2018 berhubung peranannya dalam mengukuhkan pemerintahan Maduro.
Keputusan itu dibuat selepas Jabatan Negara AS pada Isnin mengumumkan penyambungan semula operasi di Kedutaan AS di Caracas, yang disifatkan sebagai “bab baharu” dalam penglibatan diplomatik dengan Venezuela.
Kuasa Usaha Laura F. Dogu tiba di Caracas pada Januari bagi mengetuai usaha memulihkan kedutaan dan membuat persediaan bagi kepulangan kakitangan serta menyambung semula perkhidmatan konsular.
Kedutaan itu ditutup sejak 2019 selepas Washington mengiktiraf pemimpin pembangkang Juan Guaido sebagai presiden sementara dan menolak pemilihan semula Maduro.
Perkembangan itu berlaku ketika Maduro masih berada dalam tahanan AS susulan penahanannya dalam serbuan ketenteraan AS pada waktu malam di Caracas pada awal Januari.
Sejak itu, Rodriguez melakukan rombakan pegawai utama dan mengambil langkah untuk membuka sektor minyak Venezuela kepada pelaburan asing.
-- BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#AS
#sekatan
#Delcy Rodriguez
#Nicolas Maduro
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan