awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tarik diri sertai Statut Rom langkah bijak - Anwar

Sahlizah Mohamed
Sahlizah Mohamed
06/04/2019
13:06 MYT
Tarik diri sertai Statut Rom langkah bijak - Anwar
ANWAR: Ada kebijaksanaan yang dibuat oleh perdana menteri dan kerajaan untuk tidak menimbulkan masalah. - Foto: Padu Photo Agency
Keputusan Malaysia menarik diri daripada menyertai Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) adalah satu langkah bijak dibuat oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendirian yang diambil adalah jelas tetapi tetap mengambil kira beberapa pandangan baru terutama daripada raja-raja Melayu.
“Saya ingat ada kebijaksanaan yang dibuat oleh perdana menteri dan kerajaan untuk tidak menimbulkan masalah.
“Saya telah jelaskan dengan perdana menteri dalam pertemuan semalam bahawa prinsip dalam Statut Rom itu ke arah perubahan, ke arah transparent rule of law.
“Tapi kita juga perlu terima kenyataan bahawa beberapa masalah dan kebimbangan perlu dileraikan.
“Sepertimana juga isu Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), penafsiran negatif oleh politik pembangkang juga perlu kita ambil kira dan jelaskan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media selepas menyampaikan ceramah pada program santai petang bersama veteran tentera di Sendayan, Negeri Sembilan.
Terdahulu Dr Mahathir memberitahu, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Kabinet semalam setelah mengambil kira bantahan pelbagai pihak termasuk majlis raja-raja.
Katanya penarikan itu bukan kerana ia buruk kepada negara tetapi disebabkan kekeliruan yang dicetuskan oleh pihak tertentu.
Pihak berkenan cuba menjadi 'hero' dalam isu Statut Rom dengan menimbulkan kekeliruan kepada rakyat dan raja-raja Melayu.
“Saya fikir media ini terlalu nakal dalam memberi tafsiran. Kenyataan itu sudah spesifik. Perdana Menteri hanya mengatakan ia melibatkan personaliti daripada keluarga diraja.
“Kita perlu berhati-hati untuk tidak membuat fitnah atas apa yang Dr Mahathir kata. Ia sangat jelas kerana kami telah mengadakan perbincangan bersama,” katanya.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#ICC
#Mahathir Mohamad
#Mahkamah Jenayah Antarabangsa
#Majlis Raja-Raja
#Raja-raja Melayu
#Statut Rom
#tanggapan masyarakat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan