awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tasik Cermin dibuka semula kepada pengunjung 15 Jan ini

Bernama
Bernama
01/01/2022
19:59 MYT
Tasik Cermin dibuka semula kepada pengunjung 15 Jan ini
Tasik Cermin akan beroperasi dari 8 pagi hingga 5 petang setiap hari. -Bernama
IPOH: Tasik Cermin di sini, yang ditutup bulan lepas, akan dibuka semula bermula 15 Jan depan setelah Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) berpuas hati dengan hasil siasatan insiden seorang lelaki terjun ke dalam tasik itu baru-baru ini.
Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin berkata Tasik Cermin akan beroperasi dari 8 pagi hingga 5 petang setiap hari.
"Bagaimanapun, pihak MBI berharap kejadian seumpama itu tidak berulang pada masa akan datang.
"MBI berharap pembukaan semula operasi Tasik Cermin akan merancakkan lagi sektor pelancongan dan menjadi antara produk pelancongan utama di bandaraya Ipoh," menurutnya dalam kenyataan pada Sabtu.
Sebelum ini, beliau berkata Tasik Cermin, yang ditutup kepada orang ramai pada 13 Dis lepas gara-gara tular video menunjukkan seorang lelaki terjun ke dalam tasik itu, akan dibuka semula selepas siasatan selesai.
Tasik Cermin berada di bawah pengurusan Geopark Lembah Kinta dan orang ramai tidak dibenarkan mandi-manda di kawasan itu.
Baru-Baru ini, video berdurasi 15 saat yang memaparkan seorang lelaki berpakaian serba hitam terjun ke dalam tasik itu tular di aplikasi TikTok.
Tasik Cermin juga pernah ditutup kepada pengunjung pada Mac tahun lepas atas faktor keselamatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tasik Cermin
#Majlis Bandaraya Ipoh
#pelancongan
#Geopark Lembah Kinta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan