awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Task force siasat penglibatan SB dalam kes kehilangan Raymond Koh, Amri

Firdaus Azil
Firdaus Azil
26/06/2019
07:03 MYT
Task force siasat penglibatan SB dalam kes kehilangan Raymond Koh, Amri
MUHYIDDIN: Pasukan Petugas Khas ini memberi fokus kepada dakwaan salah guna kuasa oleh Cawangan Khas PDRM berhubung kehilangan Pastor Raymond Koh dan Amri Che Mat. -Gambar fail
Pasukan Petugas Khas yang ditubuhkan hari ini akan memberi fokus kepada dakwaan salah guna kuasa oleh Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kehilangan Pastor Raymond Koh dan Amri Che Mat.
Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata fokus itu rentetan daripada kesan laporan akhir pendengaran awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) yang telah mewujudkan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat kepada PDRM.
“Dapatan daripada panel Suhakam merumuskan Cawangan Khas didakwa terlibat secara langsung dalam kehilangan Pastor Koh dan Amri berdasarkan direct evidence yang diberikan saksi.
“KDN berpandangan rentetan laporan pendengaran siasatan awam Suhakam itu telah dijuruskan kerisauan orang awam terhadap integriti PDRM sedangkan polis perlu jaga keselamatan negara,” katanya dalam satu sidang media khas, di sini, hari ini.
Terdahulu, Muhyiddin mengumumkan penubuhan pasukan petugas khas yang akan dipengerusikan oleh bekas Hakim Mahkamah Tinggi iaitu Datuk Abdul Rahim Uda.
Ahli-ahli lain ialah:
i) Datuk Mohktar Mohd Noor, bekas Ketua Bahagian Perundangan, PDRM
ii) Datuk Zamri Yahya, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), PDRM
iii) Datuk Muhammad Bukhari Ab Hamid, Pengarah Bahagian Operasi, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP)
iv) Sophian Zakaria, Pegawai Undang-undang, Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara
v) Setiausaha: Mohd Russaini Idrus, Setiausaha Bahagian, Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP), Kementerian Dalam Negeri
Dalam sidang media itu, Muhyiddin berkata pasukan berkenaan diberi tempoh enam bulan sebelum laporan akhir dibentangkan kepada Kabinet untuk tindakan susulan.
Mengulas mengenai beberapa wakil PDRM dalam pasukan itu, Muhyiddin berkata pihak kementerian telah menetapkan tiada pegawai atau bekas pegawai polis yang dilantik bukan dari Cawangan Khas dimasukkan ke dalam pasukan petugas khas itu.
“Kita tidak mahu menganggap pasukan ini seperti polis mahu menyiasat polis, sebab itu kita lantik bekas hakim untuk mengetuainya.
"Malah untuk melantik anggota pasukan ini juga mengambil masa supaya ada ketelusan,” katanya lagi.
Ditanya sama ada 40 saksi sama sewaktu pendengaran Suhakam tempoh hari akan dipanggil kali ini, Muhyiddin berkata ia terpulang kepada kebijaksanaan pasukan petugas khas untuk membuat keputusan.
Topic Berkaitan
#Amri Che Mat
#Muhyiddin Yassin
#Pastor Raymond Koh
#pasukan petugas khas
#PDRM
#Polis Diraja Malaysia
#Suhakam
#suruhanjaya hak asasi manusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan