awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tekanan daripada isteri antara punca rasuah - Akhbar Satar

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
30/10/2018
08:10 MYT
Tekanan daripada isteri antara punca rasuah - Akhbar Satar
Presiden Transparency International-Malaysia (TI-M), Datuk Akbar Satar menggariskan empat punca menyebabkan seseorang individu itu melakukan amalan rasuah.
Presiden Transparency International-Malaysia (TI-M), Datuk Seri Akhbar Satar menggariskan empat punca menyebabkan seseorang individu itu melakukan amalan rasuah.
Punca berkenaan adalah kemampuan, peluang, rasionalisasi, dan tekanan.
Malah, tegasnya, tekanan itu boleh datang daripada seorang isteri.
"Berdasarkan fourth theory, ada sebab berlakunya rasuah. Antaranya, pertama, peluang. Kedua rasionalisasi. Ketiga, tekanan. Biasanya tekanan daripada isteri. Itu adalah teori, atau kita boleh tambah teori kerajaan (sebelum ini)," katanya semasa berucap pada Persidangan Anti-Rasuah 2018 dan Tadbir Urus Yang Baik dan Integriti bagi Pertumbuhan Ekonomi Mampan di sini hari ini.
Tegasnya, rasuah menyebabkan amalan kleptokrasi akan berterusan berlaku kepada sesebuah negara.
Pada masa sama katanya, kebebasan media juga mampu mengawal salah laku rasuah.
Ini kerana seorang wartawan mampu memainkan peranan penting dalam membendung perkara negatif itu daripada berlaku menerusi pendedahan dalam penulisan.
"Kajian menunjukkan kebebasan bersuara dan kebebasan media adalah mampu mengawal gejala rasuah. Ada bukti kukuh yang menunjukkan kedua-duanya mampu mengawal salah laku itu.
"Ia terbukti melalui kedudukan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Norway dan Belanda. Di Malaysia, kita memerlukan wartawan penyiasatan untuk membantu kerajaan dan pihak berkuasa perundangan membongkar skandal berprofil tinggi," ujarnya.
Bagaimanapun katanya, laporan berkenaan perlu dilakukan dengan penuh tanggungjawab, benar, neutral, tepat kepada umum.
Topic Berkaitan
#Belanda
#ekonomi
#integriti
#kerajaan
#Malaysia
#Media
#presiden
#Rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan