awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
15 kapal lalui Selat Hormuz dengan kebenaran Iran dalam tempoh 24 jam
Konflik Asia Barat: Operasi dramatik selamatkan juruterbang AS di kawasan terpencil Iran
Konflik Asia Barat: Tehran kecam ancaman Trump mengenai penutupan Selat Hormuz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Teksi meletup gas cecair pembasmi kuman bocor

Sinar Harian
Sinar Harian
24/07/2021
20:00 MYT
Teksi meletup gas cecair pembasmi kuman bocor
Polis menerima laporan mengenai sebuah teksi jenis Proton Exora meletup semasa sedang bergerak pada jam 3.30 petang. -Gambar/ Sinar Harian
SEPANG: Seorang lelaki cedera selepas teksi dipandunya meletup dipercayai berpunca daripada kebocoran gas cecair pembasmi kuman dan penggunaan pemetik api dalam kejadian di Jalan CTA 4 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Imran Abd Rahman berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian terbabit kira-kira jam 3.30 petang mengenai sebuah teksi jenis Proton Exora meletup semasa sedang bergerak.
"Siasatan pihak bomba di tempat kejadian mendapati ia berpunca daripada gas cecair pembasmi kuman yang bocor dan ketika itu pemandu sedang menggunakan pemetik api untuk membakar rokok.
"Teksi tersebut dikatakan dalam perjalanan pulang selepas menghantar penumpang di KLIA," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Beliau berkata, pemandu berusia 64 tahun dilaporkan mengalami lecur ringan pada lengan dan muka.
Katanya, mangsa warga tempatan itu kemudian dikejarkan ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI SINAR HARIAN: Teksi meletup gas cecair pembasmi kuman bocor
Topic Berkaitan
#teksi
#meletup
#cecair pembasmi kuman
#pemetik api
#rokok
#KLIA
#Sepang
#kebocoran gas
#Imran Abd Rahman
#Proton Exora
#lecur ringan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan