awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mujur tak berlubang tapi tiada penalti! Muka Mbappe dipenuhi darah
100 hari pentadbiran Mamdani: Antara janji perubahan dan cabaran tadbir urus New York
MFL nafi sambutan Piala Malaysia, Piala Cabaran suram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tempoh had PM: Semua MP DAP sokong pindaan RUU, wajar kecam pembangkang - Loke

Bernama
Bernama
02/03/2026
12:39 MYT
Tempoh had PM: Semua MP DAP sokong pindaan RUU, wajar kecam pembangkang - Loke
Anthony Loke menzahirkan rasa amat dukacita susulan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun gagal mendapat sokongan dua pertiga ahli Dewan Rakyat. - Gambar fail
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menzahirkan rasa amat dukacita susulan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun gagal mendapat sokongan dua pertiga ahli Dewan Rakyat.
Tegas Loke, pindaan tersebut memerlukan sokongan sekurang-kurangnya 148 Ahli Parlimen yang hadir secara fizikal bagi mendapat kelulusan.
"Keputusan yang menyokong ialah 146 iaitu kurang 2 undi untuk mencapai dua pertiga.
"Saya ingin menegaskan, kesemua 40 Ahli Parlimen DAP hadir untuk menyokong pindaan tersebut.
"DAP telah berusaha secara bersungguh-sungguh untuk merealisasikan agenda reformasi ini," ujar Loke menerusi satu kenyataan di Facebook, pada Isnin.
Tambah Setiausaha Agung DAP itu, masyarakat sivil dan pengundi perlu mengecam serta mempersoalkan ketidakhadiran ahli Parlimen termasuk blok pembangkang di Dewan Rakyat ketika pindaan itu dibahaskan.
"Masyarakat sivil dan pengundi yang ingin melihat reformasi institusi dalam negara perlu mengecam ahli Parlimen yang tidak hadir dan tidak menyokong pindaan ini termasuk blok pembangkang," luah Loke.
Pada Isnin, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, RUU itu gagal memperoleh sokongan dua pertiga ahli Parlimen apabila hanya sejumlah 146 ahli Parlimen menyokong, 44 ahli Parlimen tidak mengundi manakala 32 selebihnya berkecuali.
Topic Berkaitan
#had tempoh PM
#Rang Undang-Undang
#Anthony Loke
#DAP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan