awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
Negara Arab, Islam kecam langkah terbaharu Israel kukuhkan kawalan di Tebing Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tempoh mohon Pas Khas untuk warga asing terkandas dilanjut

Bernama
Bernama
01/01/2022
11:15 MYT
Tempoh mohon Pas Khas untuk warga asing terkandas dilanjut
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata urusan permohonan pas itu, yang melibatkan pemegang Pas Lawatan Sosial (PLS) dan PLS Jangka Panjang, akan bermula pada 1 Feb. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen (JIM) melanjutkan tempoh permohonan Pas Khas oleh warga asing yang terkandas atau tinggal lebih masa di negara ini susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata urusan permohonan pas itu, yang melibatkan pemegang Pas Lawatan Sosial (PLS) dan PLS Jangka Panjang, akan bermula pada 1 Feb.
"Bagi pemegang PLS, tempoh permohonan Pas Khas dilanjutkan hingga 31 Jan ini manakala bagi pemegang PLS Jangka Panjang, tempoh permohonan pas berkenaan dilanjutkan hingga 30 Jun depan.
"Urusan permohonan Pas Khas dan pembaharuan PLS Jangka Panjang boleh dilaksanakan di Kaunter Bahagian Visa, Pas dan Permit di semua cawangan Pejabat Imigresen Negeri," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata urusan pembaharuan PLS Jangka Panjang Pasangan kepada warganegara boleh dilakukan secara dalam talian melalui sistem ePLSI.
"Maklumat lanjut berhubung perkara ini boleh layari laman sesawang JIM di pautan www.imi.gov.my," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jabatan imigresen
#Pas Khas
#warga asing terkandas
#Khairul Dzaimee Daud
#Pas Lawatan Sosial
#PLS Jangka Panjang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan