awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tengkujuh: Nelayan dinasihat tidak turun ke laut

Bernama
Bernama
07/12/2017
11:55 MYT
Tengkujuh: Nelayan dinasihat tidak turun ke laut
Nelayan di Kelantan dinasihatkan supaya tidak turun ke laut semasa musim tengkujuh memandangkan keadaan angin kencang dan laut bergelora. - Gambar fail/BERNAMA
Nelayan di Kelantan dinasihatkan supaya tidak turun ke laut semasa musim tengkujuh memandangkan keadaan angin kencang dan laut bergelora di perairan negeri itu agak membahayakan keselamatan mereka.
Pengarah Jabatan Perikanan Kelantan, Anuar Salam Sulaiman berkata walaupun nelayan terbabit telah diberikan kursus berkaitan langkah-langkah keselamatan ketika di laut namun mereka masih terdedah kepada bahaya di musim tengkujuh ini.
"Kalau boleh kita elakkan ke laut kerana kita tidak mahu berlaku kejadian yang tidak diingini. Di negeri ini terdapat lebih 5,000 nelayan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Sementara itu, Pengerusi Komuniti Nelayan Tanjung Kuala Sabak di sini, Mohd Faizal Rashid, 38, berkata jumlah nelayan yang ke laut musim ini tidak ramai dan mereka diingatkan supaya membawa alat komunikasi bagi memudahkan mereka dapat dikesan jika berlaku kecemasan.
"Sekiranya ada nelayan yang sanggup turun ke laut pada musim tengkujuh ini, mereka perlu membawa rakan sebagai langkah keselamatan," katanya.
Seorang nelayan, Mustapa Ahmad, 48, berkata meskipun mengetahui keadaan ombak di musim tengkujuh tidak menentu namun beliau tetap cekal hati untuk ke laut kerana punca pendapatannya hanya bergantung kepada menangkap ikan.
"Saya dan beberapa lagi rakan terpaksa memberanikan diri keluar menangkap ikan walaupun mengetahui keadaan laut bergelora musim ini namun kami akan lebih berhati-hati," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#angin kencang
#Anuar Salam Sulaiman
#Jabatan Perikanan Kelantan
#Kelantan
#laut bergelora
#Mohd Faizal Rashid
#musim tengkujuh
#Mustapa Ahmad
#nelayan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan