awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tentera Ecuador temui ‘narco-sub’ sepanjang 35 meter dalam hutan simpan

Astro AWANI
Astro AWANI
06/03/2026
00:39 MYT
Tentera Ecuador temui ‘narco-sub’ sepanjang 35 meter dalam hutan simpan
Kapal separa tenggelam itu ditemui sarat dengan 22,700 liter bahan api, dipercayai bersedia untuk perjalanan penyeludupan dadah jarak jauh. - Foto Kementerian Pertahanan Ecuador
Pasukan tentera Ecuador merampas sebuah 'narco-submarine' sepanjang 35 meter yang disembunyikan di dalam hutan simpan berhampiran sempadan negara itu dengan Colombia.
Kapal separa tenggelam itu ditemui sarat dengan 22,700 liter bahan api, dipercayai bersedia untuk perjalanan penyeludupan dadah jarak jauh.
Menurut Kementerian Pertahanan Ecuador, ia ditemui dalam kawasan paya bakau di Hutan Simpan Cayapas–Mataje, bersama sebuah kem yang digunakan sebagai pusat logistik sindiket penyeludupan.
Turut dirampas enam bot laju, tujuh enjin sangkut dan puluhan tong bahan api.
Ketika operasi dijalankan, tentera dilaporkan ditembak oleh individu bersenjata, namun pihak berkuasa tidak menyebut sebarang tangkapan atau rampasan dadah.
Penemuan besar ini berlaku sejurus selepas Presiden Daniel Noboa mengumumkan "fasa baharu" dalam perang menentang kartel dadah.
Ecuador, yang berada di antara Colombia dan Peru, dua pengeluar kokain terbesar dunia, kini menjadi laluan penting penyeludupan dadah menuju ke AS, Eropah dan Australia.
Pihak berkuasa juga mengesahkan bahawa Noboa sedang meningkatkan kerjasama keselamatan dengan pentadbiran AS.
Awal minggu ini, beliau mengadakan perbincangan keselamatan dengan Komander Markas Pemerintahan Selatan Amerika Syarikat (AS), Jeneral Francis Donovan, di Quito.
Namun, tiada penglibatan tentera AS dilaporkan dalam operasi yang menemukan narco-sub tersebut.
Dalam perkembangan berkaitan, AS meneruskan operasi maritim agresif melalui 'Operation Southern Spear', yang sejak September telah melancarkan puluhan serangan ke atas bot yang disyaki membawa dadah di Pasifik dan Caribbean, tindakan yang mengakibatkan lebih 150 kematian setakat ini.
Topic Berkaitan
#Kapal separa tenggelam
#hutan simpan
#kartel dadah
#sindiket penyeludupan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan