awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes keracunan makanan: MCMC heret Sunway Lagoon ke mahkamah, tuntut RM1.8 juta
PGA rampas dadah bernilai lebih RM700,000 di Pasir Mas
Permintaan minyak global dijangka menurun pada 2026 - IEA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tentera Israel lancar serangan udara, artileri di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa

Bernama
Bernama
22/02/2026
10:25 MYT
Tentera Israel lancar serangan udara, artileri di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
Di Bandaraya Gaza, saksi melaporkan pesawat pejuang Israel melakukan serangan udara di kawasan timur, disusuli bedilan artileri secara rawak di lokasi yang sama. - Gambar fail
Tentera Israel melancarkan serangan udara dan bedilan artileri di beberapa kawasan di Semenanjung Gaza pada awal Ahad, meskipun perjanjian gencatan senjata masih berkuat kuasa, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Menurut saksi kepada Anadolu, pesawat pejuang Israel menyasarkan kawasan timur bandar Rafah di selatan Semenanjung Gaza.
Kenderaan tentera Israel turut melepaskan tembakan ke arah kawasan timur Khan Younis di selatan, manakala tentera laut pula melepaskan tembakan ke arah pesisir pantai bandar itu.
Di Bandaraya Gaza, saksi melaporkan pesawat pejuang Israel melakukan serangan udara di kawasan timur, disusuli bedilan artileri secara rawak di lokasi yang sama.
Gencatan senjata yang disokong Amerika Syarikat telah dilaksanakan di Gaza sejak 10 Okt, sekali gus menghentikan serangan dua tahun Israel yang telah mengorbankan lebih 72,000 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, serta mencederakan lebih 171,000 yang lain sejak Oktober 2023.
Bagaimanapun, menurut Kementerian Kesihatan Gaza, tentera Israel telah melakukan ratusan pelanggaran melalui bedilan dan tembakan yang meragut 612 nyawa rakyat Palestin serta mencederakan 1,640 yang lain sepanjang tempoh gencatan senjata itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gaza
#Israel
#gencatan senjata di Gaza
#serangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan