awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
TikTok diminta matikan ciri skrol infiniti didakwa punca 'ketagihan'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Teresa Kok bidas Perancis tolak penggunaan minyak sawit

Najib Aroff
Najib Aroff
22/12/2018
10:03 MYT
Teresa Kok bidas Perancis tolak penggunaan minyak sawit
TERESA: Malaysia akan menyatakan protes terhadap tindakan ahli parlimen Perancis dan akan mendapatkan sokongan dari negara pengeluar lain. - BERNAMA/Fail
Menteri Industri Utama Teresa Kok membidas keputusan Dewan Rakyat Perancis yang tidak mengiktiraf minyak sawit sebagai sebahagian sumber untuk penghasilan biodiesel.
"Langkah ini bersifat diskriminasi dan tidak adil. Ia sesuatu yang amat dikesali kerana Ahli Parlimen (Perancis) membuat keputusan yang tidak lengkap dengan informasi berkaitan kemampanan minyak sawit terhadap alam sekitar dan sokongan industri itu kepada pembangunan sosio ekonomi negara pengeluar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ujar beliau, tindakan Perancis itu akan menjejaskan kehidupan berjuta penduduk negara pengeluar minyak sawit termasuk Malaysia.
"Ini keputusan yang tidak boleh diterima dan melanggar prinsip dagangan bebas dan adil. Keputusan Dewan Rakyat Perancis amat membimbangkan dan perlu dibantah," tegas beliau.
Teresa berkata langkah Perancis mengecualikan minyak sawit sebagai campuran dalam biodiesel akan menjejaskan hubungan dagang bilateral dua hala.
"Malaysia akan menyatakan protes terhadap tindakan ini dan akan mendapatkan sokongan dari negara pengeluar lain," tambahnya.
Perancis pada Rabu mengundi untuk menghentikan insentif cukai terhadap penambahan minyak sawit dalam biodiesel menjelang 2020 dan menganggap diesel hasil dari minyak sawit sebagai bukan teknologi hijau.
Topic Berkaitan
#biodiesel
#cukai
#diesel
#FELCRA
#Felda
#harga sawit
#Kementerian Industri Utama
#Komoditi sawit
#minyak sawit
#palm oil
#Parlimen
#Parlimwn Perancis
#Perancis
#Teresa Kok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan