awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tergamak buang mayat bayi dalam mangkuk tandas stesen minyak

Sinar Harian
Sinar Harian
24/03/2025
01:00 MYT
Tergamak buang mayat bayi dalam mangkuk tandas stesen minyak
Mayat bayi yang ditemui terlangkup dalam mangkuk tandas wanita di sebuah stesen minyak di Sungai Haji Dorani di sini pada tengah hari Ahad. - Foto Sinar Harian
SABAK BERNAM: Seorang bayi ditemui dalam keadaan tertiarap di dalam mangkuk tandas wanita di sebuah stesen minyak di Sungai Haji Dorani di sini pada tengah hari Ahad.
Perbuatan tidak berperikemanusiaan itu terbongkar selepas orang awam menemui mayat bayi berkenaan sebelum melaporkannya kepada polis kira-kira jam 12 tengah hari.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Md Yusof Ahmad berkata, pemeriksaan pegawai perubatan mengesahkan bayi itu sudah meninggal dunia pada jam 11.15 pagi.
"Polis sedang giat mengesan individu dan suspek utama yang terlibat dalam kes ini," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Beliau menegaskan, kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan cara membuang mayat secara sulit.
"Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda, atau kedua-duanya sekali," katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nor Aimi Lyana Mohd Khairani, di talian 018-2510452.
Sebelum ini, kejadian itu tular di Facebook apabila beberapa pengguna memuat naik hantaran dan gambar lokasi kejadian.
Kejadian tersebut mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang mengecam tindakan berkenaan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#buang bayi
#mangkuk tandas
#stesen minyak
#Md Yusof Ahmad
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan