awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terima rasuah RM2.5 juta, bekas CEO GLC ditahan SPRM

Astro Awani
Astro Awani
25/01/2017
13:07 MYT
Terima rasuah RM2.5 juta, bekas CEO GLC ditahan SPRM
Suspek berusia 51 tahun itu dijangka akan dituduh mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan di Mahkamah Jalan Duta pada Khamis. -Gambar fail
Seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat GLC ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan menyalah guna kuasa dan mengambil rasuah.
Suspek berusia 51 tahun itu dijangka akan dituduh mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan di Mahkamah Jalan Duta pada Khamis.
Menurut sumber, suspek akan didakwa atas lima pertuduhan pecah amanah yang dipercayai dilakukan di antara 30 April dan 30 Oktober 2013.
Suspek yang ditahan oleh SPRM kira-kira jam 3.30 petang pada Rabu dipercayai telah menerima wang rasuah bernilai kira-kira RM2.5 juta dengan menyalahgunakan kedudukannya untuk kepentingan diri sendiri.
Jika disabit kesalahan, suspek boleh dipenjara tidak kurang dari dua tahun dan tidak lebih dari 20 tahun selain hukuman sebat dan boleh dikenakan denda.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.
Topic Berkaitan
#ambil rasuah
#GLC
#Mahkamah Jalan Duta
#RM2.5 juta
#salah guna kuasa
#Seksyen 409
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan