awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ADUN Karambunai dakwa penganjuran festival Songkran di Kota Kinabalu bazirkan air
Lapangan terbang Arab Saudi persiap terima jemaah haji musim 1447H
MOT fokus tambah baik SOP sistem pengendalian bagasi KLIA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terima suapan lanjutkan pengosongan premis, petugas MBI didenda RM3,000

Bernama
Bernama
20/04/2026
04:29 MYT
Terima suapan lanjutkan pengosongan premis,  petugas MBI didenda RM3,000
Syed Nazarudin didenda RM3,000 atau penjara sebulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di Ipoh hari ini atas pertuduhan menerima suapan, dua tahun lepas. --fotoBERNAMA
Penolong pegawai perancang bandar Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) didenda RM3,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima suapan, dua tahun lepas.
Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi turut memerintahkan Syed Nazarudin Syed Mohamed Taib, 53, dipenjara sebulan jika gagal membayar denda itu.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu sebagai penjawat awam, iaitu Penolong Pegawai Perancang Bandar di Unit Penguatkuasaan, Jabatan Perancangan Bandar MBI didakwa menerima wang RM2,000 daripada seorang ahli perniagaan lelaki pada 5.30 petang 22 Ogos 2024.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di NCS Craft Garden Landscape, No 2, Lorong Kuala Kangsar, Taman Merdeka Ipoh dalam daerah Kinta.
Wang tersebut berkaitan dengan tugas rasminya, iaitu sebagai balasan untuk melanjutkan tempoh pengosongan premis perniagaan milik lelaki terlibat daripada dua bulan kepada setahun, kesalahan di bawah Seksyen 18 Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) G. Nanthini manakala lelaki itu tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penolong pegawai perancang bandar
#MBI
#Ipoh
#Rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan