awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kru Artemis II kembali ke bumi selepas rekod baharu
Lelaki didakwa paksa isteri adakan hubungan seks dengan lebih 120 lelaki
Lelaki Perancis didakwa kurung anak lelaki dalam van lebih setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terima ugutan bunuh, pendakwah bebas buat laporan polis

Bernama
Bernama
13/04/2019
13:39 MYT
Terima ugutan bunuh, pendakwah bebas buat laporan polis
Firdaus menunjukkan dua laporan polis yang dibuatnya hari ini. Facebook Firdaus Wong Wai Hung
Seorang pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung hari ini membuat dua laporan polis berhubung fitnah dan ugutan bunuh yang diterimanya melalui laman sosial Facebook.
Laporan tersebut dibuat di Pondok Polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, kira-kira pukul 4.00 petang, sebaik tiba dari Jakarta, Indonesia.
Ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan itu, Firdaus berkata fitnah terhadap dirinya yang dibuat seorang individu menggunakan nama Arunakiri Nathan di laman Facebook telah mendorong seorang pemilik akaun bernama Pandian Sam membuat komen ugutan bunuh.
"Hasutan yang berterusan menghasut penganut Hindu membenci saya serta melaga-laga di antara penganut agama Hindu dan Islam.
"Saya membuat laporan ini kerana merasakan nyawa saya terancam dengan ugutan bunuh yang dilakukan," katanya dalam laporan itu.
Firdaus berkata beliau menyedari komen-komen berkenaan semalam sewaktu berada di Jakarta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bunuh
#Facebook
#Firdaus Wong Wai Hung
#fitnah
#Hindu
#Indonesia
#Islam
#Jakarta
#KLIA
#laman sosial
#laporan polis
#ugutan bunuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan