awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TERKINI HAJI 2025: Aplikasi Tawakkalna main peranan penting mudahkan urusan haji

Bernama
Bernama
05/06/2025
03:40 MYT
TERKINI HAJI 2025: Aplikasi Tawakkalna main peranan penting mudahkan urusan haji
Tawakkalna direka untuk menyokong pergerakan harian jemaah, meningkatkan pengalaman mereka secara menyeluruh dengan perkhidmatan bersepadu dan kecekapan yang pantas. - Foto fail
MINA: Aplikasi Arab Saudi, "Tawakkalna" memainkan peranan penting dalam menyokong para jemaah sepanjang musim Haji 1446 Hijrah dengan menawarkan pelbagai rangkaian perkhidmatan digital canggih di setiap peringkat ibadah.
Para jemaah boleh mengakses permit Haji mereka dengan mudah menerusi aplikasi itu, yang disepadukan dengan platform digital bersatu Tasreeh.
Aplikasi terbabit membolehkan pengguna mengakses pelbagai permit yang dikeluarkan oleh agensi kerajaan, termasuk kad permit jemaah, pas masuk ke Makkah, serta permit untuk pekerja, sukarelawan dan kenderaan.
Dengan kerjasama Kementerian Haji dan Umrah, "Tawakkalna" juga menyediakan akses kepada kad Nusuk melalui platform Nusuk, sekali gus memudahkan lagi proses pengesahan bagi para jemaah.
Tawakkalna direka untuk menyokong pergerakan harian jemaah, meningkatkan pengalaman mereka secara menyeluruh dengan perkhidmatan bersepadu dan kecekapan yang pantas.
Dibangunkan oleh Pihak Berkuasa Data dan Kecerdasan Buatan Arab Saudi (SDAIA), aplikasi itu pada asalnya dilancarkan untuk menyokong usaha kerajaan ketika pandemik COVID-19.
Antara ciri terkini yang ditawarkan termasuk ramalan cuaca masa nyata bagi tapak suci, arah kiblat, waktu solat, akses kepada Al-Quran serta pelbagai alat lain untuk memastikan pengalaman Haji yang lancar dan selamat.
Aplikasi itu boleh dimuat turun melalui App Store, Google Play, AppGallery dan Galaxy Store.
Ia merupakan sebahagian daripada strategi transformasi digital Arab Saudi di bawah Visi 2030 yang mengutamakan teknologi pintar demi meningkatkan perkhidmatan kepada jemaah Haji dan Umrah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#terkini haji 2025
#jemaah
#perkhidmatan digital
#ibadah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami