awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TERKINI HAJI 2025: Kematian ke-11 jemaah haji Malaysia

Azizul Azwa
Azizul Azwa
10/06/2025
23:00 MYT
TERKINI HAJI 2025: Kematian ke-11 jemaah haji Malaysia
Allahyarham Jamaliah Masron dari Kota Tinggi, Johor yang berusia 68 tahun, menghembuskan nafas terakhir pada Isnin, 9 Jun 2025, jam 6.05 petang (waktu tempatan) di Klinik Kecemasan Bangunan Abraj Janadriyah akibat serangan jantung.
MEKAH: Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia, menjadikan jumlah keseluruhan kematian setakat ini seramai 11 orang bagi musim haji 1446H/2025M.
Allahyarham Jamaliah Masron dari Kota Tinggi, Johor yang berusia 68 tahun, menghembuskan nafas terakhir pada Isnin, 9 Jun 2025, jam 6.05 petang (waktu tempatan) di Klinik Kecemasan Bangunan Abraj Janadriyah akibat serangan jantung.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata, Tabung Haji (TH) telah menguruskan segala keperluan berkaitan jenazah, termasuk mandi, solat jenazah di Masjidil Haram dan pengebumian di Mekah.
"Pihak pengurusan TH juga telah memaklumkan perkara ini kepada keluarga di Malaysia.
"Kami ingin merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga dan mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solihin," kata beliau.
Topic Berkaitan
#terkini haji 2025
#jemaah haji Malaysia
#jemaah meninggal dunia
#Tabung Haji
#Mohd Na'im Mokhtar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan