awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia gesa AS timbang semula tindakan sekat Selat Hormuz - Mohamad Hasan
Tun M dedah detik cemas sebelum dikejarkan ke IJN pada Januari
Bekas peguam, kerani maut akibat lemas kerana terhidu asap - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok

Seth Akmal
Seth Akmal
11/02/2026
07:57 MYT
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Menurut Azam, surat tersebut akan diserahkan melalui peguamnya sama ada melalui biro agensi itu di Malaysia atau di Amerika Syarikat. - Gambar fail/Astro AWANI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki dijadual akan menyerahkan surat tuntutan kepada agensi media Bloomberg esok.
Menurutnya, surat tersebut akan diserahkan melalui peguamnya sama ada melalui biro agensi itu di Malaysia atau di Amerika Syarikat (AS).
“Esok peguam saya akan menghantar surat tuntutan tersebut, saya benar-benar serius tentang perkara ini, mari kita berhadapan dengan mahkamah,” katanya ketika sidang media khas di ibu pejabat SPRM hari ini.
Azam turut menafikan dakwaan Bloomberg bahawa beliau enggan menjawab pertanyaan mengenai dakwaan pemilikan 17.7 juta saham Velocity Capital Partner Bhd, yang dianggarkan bernilai hampir RM800,000.
Beliau menegaskan pihaknya telah membalas soalan dari Bloomberg pada 14 Januari lalu.
“Mereka ada menghantar emel kepada saya, untuk beberapa pertanyaan, kemudian, saya telah membalas (emel tersebut), namun apabila mereka beranggapan bahawa kami tidak membalas, itu adalah sangat salah,” katanya.
Pada masa sama, beliau juga tidak menafikan laporan sedemikian bertujuan untuk merendahkan reputasi beliau selaku Pesuruhjaya SPRM.
“Jika ada pihak yang cuba bangkitkan perkara ini sekali lagi, saya akan buat permohonan injunksi,” katanya.
Terdahulu, Bloomberg melaporkan Azam dan SPRM tidak memberikan sebarang komen mengenai isu pegangan saham tersebut.
Topic Berkaitan
#Azam Baki
#SPRM
#Bloomberg
#pemilikan saham
#surat tuntutan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan