awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
40 peratus hasil Sabah: Kerajaan Negeri hormati keputusan Mahkamah Rayuan, harap rundingan diteruskan - Hajiji
AirAsia kurangkan kapasiti, kawal kos dan semak naik tambang susulan tekanan harga bahan api
Majlis pertunangan Bella Astillah, Syed Saddiq raih hampir 130 juta tontonan di platform Astro
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] Keputusan SPM 2025 diumum 31 Mac 2026 - KPM

Astro AWANI
Astro AWANI
09/03/2026
01:29 MYT
[TERKINI] Keputusan SPM 2025 diumum 31 Mac 2026 - KPM
Menurut Kementerian Pendidikan, seramai 413,299 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM pada 2025 di 3,350 pusat peperiksaan di seluruh negara.- Gambar hiasan
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2025 akan diumumkan pada 31 Mac ini.
Menurut Kementerian Pendidikan (KPM), seramai 413,299 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut di 3,350 pusat peperiksaan di seluruh negara.
"Calon sekolah boleh memperoleh keputusan peperiksaan SPM Tahun 2025 daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi pada tarikh tersebut," kata kementerian itu dalam satu kenyataan, pada Isnin.
Bagi calon persendirian, KPM memaklumkan, mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar bagi memperoleh keputusan peperiksaan.
Kenyataan itu berkata, pihak sekolah diminta memastikan pengurusan penyerahan keputusan kepada calon dilaksanakan secara cekap dan teratur.
Selain itu, calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan melalui dua kaedah iaitu secara dalam talian menerusi pautan myresultspm.moe.gov.my bermula 10 pagi, 31 Mac ini hingga 6 petang, 6 April ini.
"Semakan juga boleh dibuat melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888 dalam tempoh masa yang sama.
"Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10 pagi pada 31 Mac ini sehingga pukul 6 petang pada 6 April ini," katanya.
Topic Berkaitan
#SPM 2025
#keputusan spm
#Kementerian Pendidikan
#calon SPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan