awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] Sultan Sharafuddin tidak berkenan penternakan babi di Selangor

Shafiqa Azami
Shafiqa Azami
10/02/2026
04:33 MYT
[TERKINI] Sultan Sharafuddin tidak berkenan penternakan babi di Selangor
Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah baginda tidak berkenan sebarang aktiviti penternakan babi dijalankan di mana-mana daerah di negeri Selangor.
KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, baginda tidak berkenan sebarang bentuk penternakan babi sama ada berskala besar atau kecil dijalankan di mana-mana daerah dalam negeri Selangor.
Pendirian itu dizahirkan baginda menerusi kenyataan media yang dikeluarkan Setiausaha Sulit Datuk Mohamad Munir Bani, hari ini, berhubung isu projek penternakan babi berskala besar di Bukit Tagar, Hulu Selangor.
Kenyataan Sultan Selangor itu dikeluarkan susulan cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 23 Januari lalu yang mengesyorkan kepada kerajaan Negeri Selangor agar membatalkan projek penternakan babi di kawasan tersebut.
Isu ini turut dibincangkan semasa Perdana Menteri menghadap Sultan Selangor pada 8 Februari lalu.
Pada 9 Februari lalu pula, Anwar menyatakan ketidaksetujuan beliau terhadap projek ternakan babi di kawasan yang dibantah penduduk tempatan atau berpotensi menimbulkan kontroversi.
Sehubungan itu, Sultan Selangor menyambut baik pendirian Perdana Menteri dan menegaskan bahawa baginda tidak berkenan penternakan babi kerana ia berisiko mencemarkan udara, mengeluarkan bau busuk, selain boleh mengotorkan sungai akibat pelepasan najis serta sisa kumbahan.
Baginda memberi contoh cadangan projek di Bukit Tagar, yang terletak berhampiran kawasan penempatan majoriti Melayu termasuk kawasan Felda.
Menurut kenyataan itu, projek tersebut hampir pasti menerima bantahan penduduk tempatan, di samping berpotensi mencemarkan kawasan tadahan air dan sungai yang menjadi sumber air bersih kepada penduduk Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Walaupun teknologi penternakan moden dikatakan mampu mengurangkan impak pencemaran, baginda menegaskan kos pelaksanaannya adalah terlalu tinggi dan sukar ditanggung oleh mana-mana pihak hanya untuk memenuhi keperluan bekalan daging babi di Selangor.
Tambahan pula, masih tiada jaminan bahawa pencemaran tidak akan berlaku terhadap kawasan tadahan air serta sungai utama di Lembah Klang.
Kenyataan itu turut menekankan bahawa Selangor mempunyai keterbatasan tanah dan nilai hartanah yang tinggi.
Atas faktor tersebut, penternakan babi sama ada secara besar-besaran atau kecil dilihat tidak sesuai dijalankan kerana tanah negeri lebih wajar digunakan untuk tujuan yang memberi manfaat ekonomi dan sosial kepada rakyat.
Sebagai langkah penyelesaian, Sultan Selangor menyarankan agar kerajaan mempertimbangkan pemberian lesen pengimportan daging babi bagi memenuhi keperluan masyarakat bukan Islam, khususnya kaum Cina di Selangor.
Langkah ini, titah baginda, dijangka mengurangkan kebergantungan kepada penternakan tempatan serta mengelakkan isu pencemaran dan konflik penduduk.
Dalam masa sama, Sultan Selangor menegaskan, isu penternakan babi perlu dihentikan dan dimuktamadkan segera kerana ia menimbulkan keresahan masyarakat serta boleh menjejaskan keharmonian negeri.
Kenyataan itu turut menyeru semua pihak agar menghormati titah baginda dan bersama-sama memelihara perpaduan serta ketenteraman di Selangor.
Topic Berkaitan
#Sultan Selangor
#Sultan Sharafuddin Idris Shah
#isu penternakan babi
#Bukit Tagar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan