awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terserah kepada polis untuk tahan saya - Tun Mahathir

Astro Awani
Astro Awani
06/11/2015
08:30 MYT
Terserah kepada polis untuk tahan saya - Tun Mahathir
Siasatan dipercayai dilakukan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan melibatkan fitnah. - Gambar Fail
Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyerahkan kepada pihak polis sekiranya mereka mahu menahan beliau.
Perkara ini dinyatakannya selepas beliau diambil keterangan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, di pejabatnya di Yayasan Al-Bukhary di sini, pagi tadi.
"Mereka bertanyakan soalan dan saya tidak jawab dan saya tidak tahu apakah sebab saya disiasat dan saya serah kepada mereka. saya juga menyerahkan segala keputusan kepada mereka sekiranya mereka menahan saya," katanya ketika ditemui media.
Dr Mahathir turut menafikan khabar angin kononnya beliau akan meninggalkan UMNO.
Sementara itu, peguam beliau, Mohamed Haniff Khatri Abdulla, berkata Dr Mahathir disoal berhubung beberapa perkara, termasuk kehadirannya dalam Perhimpunan Bersih 4, di ibu negara hujung Ogos lalu.
Tun diwakili oleh tujuh peguam, tiga daripada mereka berada bersama-samanya ketika beliau diambil keterangan.
Pihak polis diketuai Superintendan Azham Othman bersama dua pegawainya merakam percakapan beliau dari jam 11 pagi hingga 11.45 pagi.
"Dr Mahathir memberi kerjasama penuh semasa keterangannya diambil namun mengambil pendekatan untuk tidak menjawab beberapa soalan selepas dinasihati peguamnya," kata Mohamed Haniff.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bulan lepas memberitahu, tiga kertas siasatan terhadap Dr Mahathir sudah dibuka selepas beberapa laporan polis diterima atas tindakannya mengkritik Perdana Menteri secara terbuka.
Menurutnya, daripada tiga kertas siasatan tersebut, dua daripadanya melibatkan siasatan yang sedang dijalankan manakala satu lagi kertas siasatan sudah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk arahan selanjutnya.
Siasatan dipercayai dilakukan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan melibatkan fitnah.
Dr Mahathir sebelum ini secara terbuka mengkritik pentadbiran Najib dan menggesa agar beliau berundur.
Topic Berkaitan
#bersih 4
#Mohamed Haniff Khatri Abdulla
#TUN DR MAHATHIR
#Tun M
#Yayasan Al-Bukhary
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan