awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tertembak budak: Anggota polis terima surat tahan kerja

Bernama
Bernama
30/10/2013
02:32 MYT
Tertembak budak: Anggota polis terima surat tahan kerja
Polis Perak telah menyerahkan surat tahan kerja kepada anggota polis yang melepaskan tembakan sehingga mencederakan seorang kanak-kanak berusia 10 tahun, di Kampung Belanja Kiri, Parit pada 14 Okt lepas.
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk A.Paramasivam berkata anggota tersebut ditahan kerja selepas menerima surat tersebut kira-kira pukul 2.30 petang semalam.
Mengenai perkembangan kes itu, beliau berkata Timbalan Pendakwa Raya telah mengembalikan semula kertas siasatan dan meminta polis melengkapkan beberapa perkara berkaitan kes itu.
"Kertas siasatan akan diserahkan semula kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan sempena sambutan Hari Deepavali di Little India di sini malam tadi.
Dalam kejadian itu, mangsa Mohd Amar Mohd Azizi cedera terkena tembakan ketika anggota polis berpangkat Sarjan itu sedang mengosongkan pistol automatik jenis P99 Walther, di hadapan sebuah rumah di kampung berkenaan.
Kanak-kanak itu, bagaimanapun selamat menjalani pembedahan mengeluarkan peluru itu pada 20 Okt lepas.
Sementara itu, Paramasivam berkata seorang lelaki ditahan kerana menjual mercun dan bunga api tanpa permit di kawasan Little India di sini, semalam.
Katanya, suspek telah dibawa ke balai untuk dirakam percakapannya sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.
Topic Berkaitan
#bullet
#Mohd Amar Mohd Azizi
#Walther P99 automatic pistol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan