awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YTL AI Labs perkasa inovasi AI tempatan menerusi ILMU Claw
Sekat kapal kargo: Tiada neutraliti dalam pengangkutan bahan sokong Israel - GSF
Konflik Asia Barat mula beri kesan secara langsung kepada rakyat Malaysia - Akmal

TH anjur bacaan Yasin dan solat hajat, mohon kelancaran operasi haji

Hilal Azmi, Essan Yahya
Hilal Azmi, Essan Yahya
21/04/2026
09:14 MYT
TH anjur bacaan Yasin dan solat hajat, mohon kelancaran operasi haji
Majlis berkenaan dihadiri lebih 40 petugas haji TH yang kini berada di Madinah bagi melaksanakan persiapan awal menyambut ketibaan jemaah haji Malaysia.
Lembaga Tabung Haji (TH) menganjurkan majlis bacaan Yasin dan solat hajat di Surau Hotel Zaha Taiba di sini, sebagai usaha memohon keberkatan, kelancaran serta kejayaan operasi haji musim 1447H/2026M.
Majlis berkenaan dihadiri lebih 40 petugas haji TH yang kini berada di Madinah bagi melaksanakan persiapan awal menyambut ketibaan jemaah haji Malaysia.
Program dimulakan dengan solat maghrib dan solat hajat secara berjemaah sebelum diteruskan dengan bacaan Yasin yang dipimpin oleh Pengurus Bimbingan dan Ziarah Madinah, Mohamad Zahir Husin.
Ketua Rombongan Haji, Mohd Hisham Harun turut menyampaikan amanat ringkas kepada para petugas sebagai pembakar semangat dalam melaksanakan tanggungjawab sepanjang musim haji kali ini.
Beliau berkata, seluruh petugas perlu melaksanakan amanah dengan penuh keikhlasan, disiplin dan komitmen tinggi demi memastikan kebajikan jemaah haji Malaysia sentiasa terpelihara.
“Setiap tugasan yang digalas merupakan tanggungjawab besar dan perlu dilaksanakan sebaik mungkin bagi memastikan urusan jemaah berjalan lancar sepanjang berada di Tanah Suci,” katanya.
Majlis turut diisi dengan tazkirah rohani yang disampaikan oleh Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci (PIHTAS), Saiful Nizam.
Penganjuran program berkenaan mencerminkan komitmen TH bukan sahaja dalam aspek pengurusan operasi, malah turut menitikberatkan pengisian rohani dalam kalangan petugas bagi menghadapi musim haji tahun ini.
Persiapan Operasi Haji Madinah bagi musim 1447 Hijrah kini berada pada tahap kesiapsiagaan penuh bagi menerima seramai 31,600 jemaah haji Malaysia.
Kumpulan jemaah tiba secara berperingkat ke Madinah dan Mekah menerusi 100 penerbangan sewa khas oleh AMAL by Malaysia Airlines dan Saudia Airlines.
Topic Berkaitan
#haji 2026
#Tabung Haji
#Arab Saudi
#Mohd Hisham Harun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.