awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran hentikan trafik kapal tangki di Selat Hormuz susulan serangan Israel ke atas Lubnan
100 lokasi di Lubnan jadi sasaran Israel dalam tempoh 10 minit
Konflik Asia Barat: TikTok diminta perjelas kesan krisis tenaga dan geopolitik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand sedia kerjasama dengan Malaysia, promosi Langkawi, Phuket - PM Anwar

Firdaus Azil
Firdaus Azil
27/12/2023
07:31 MYT
Thailand sedia kerjasama dengan Malaysia, promosi Langkawi, Phuket - PM Anwar
PM Anwar berkata beliau dan Srettha sepakat untuk bersama-sama membangunkan wilayah selatan Thailand dan utara Semenanjung secara lebih pesat. - Gamba/ FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Thailand bersedia untuk mempromosikan secara bersama pelancongan di Phuket, serta Langkawi dan kawasan lain di utara Semenanjung Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam catatan terbaharu di laman media sosialnya, beliau berkata, perkara itu telah dipersetujui dalam pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Thailand, Srettha Thavisin yang berlangsung di Phuket, pada Selasa.
Anwar berkata, dalam pertemuan tersebut, mereka sempat menyentuh beberapa perkara penting, termasuk soal pelancongan Malaysia-Thailand, susulan peningkatan mendadak pelancong Malaysia ke negara jiran itu.
Selain itu beliau berkata, kedua-dua mereka turut bersetuju untuk menyegerakan Projek Jalan Sadao-Bukit Kayu Hitam serta Projek Jambatan Sungai Golok-Rantau Panjang.
“Saya dan PM Srettha juga sepakat untuk bersama-sama membangunkan wilayah selatan Thailand dan utara Semenanjung secara lebih pesat, sekali gus menjamin limpahan ekonomi dan kemakmuran buat rakyat di kedua-dua wilayah ini.
“Jawatankuasa khas peringkat tertinggi antara kedua-dua negara perlu melaporkan kemajuan projek dan perkara-perkara yang telah dipersetujui pada pertengahan bulan depan,” katanya lagi.
Anwar berkata, mereka juga turut berbincang tentang situasi banjir yang berlaku ketika ini, dan beliau sendiri akan turun ke Kelantan pada Khamis bagi meninjau situasi yang beliau sifatkan sebagai ‘semakin membimbangkan’ di negeri itu.
“Semoga Allah segera mengangkat bencana ini,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Srettha Thavisin
#pelancongan
#Langkawi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan