awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada air, rumah dibeli tidak boleh dihuni

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
06/01/2018
23:51 MYT
Tiada air, rumah dibeli tidak boleh dihuni
Penduduk kecewa rumah dibeli sejak tahun lalu tidak boleh dihuni kerana tiada bekalan air - Astro AWANI
Hampir 70 pemilik rumah kos rendah di Bandar Utama, Gua Musang, Kelantan kecewa apabila rumah yang dibeli gagal didiami.
Semuanya gara-gara ketiadaan bekalan air.
Penduduk mendakwa kunci rumah mereka diserahkan sejak September tahun lalu, namun masalah bekalan air menyebabkan mereka berputih mata.
Tinjauan Astro AWANI mendapati, kebanyakan penduduk terpaksa mengambil inisiatif sendiri, untuk menangani masalah tersebut.
Ada dalam kalangan mereka mengambil bekalan air dari luar dan ada juga yang terpaksa menadah air hujan untuk kegunaan mereka.
Penduduk juga mendakwa sudah mengemukakan masalah berkenaan kepada pihak pemaju dan Syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB), namun sehingga kini tiada sebarang penyelesaian diberikan.
"Air Kelantan tidak dapat menyambung meter air kerana disebabkan perkara tidak masuk akal bagi saya, kerana dia memberi sebab penyambungan belum dibuat kerana masalah kecerunan air,
"Bagi saya masalah kecerunan air dalam taman ni tidak berlakulah kerana saya telah membuat bayaran kepada pihak pemaju. Deposit air telah dibuat tetapi tiada sebab air," kata Mohd Zamri Kamarudeen yang merupakan salah seorang pemilik rumah.
Sementara itu seorang lagi pemilik rumah, Izma Ibrahim menyifatkan ketiadaan bekalan air menyukarkan penduduk menjalani kehidupan seharian.
"Susah nak tinggal di rumah ini, kami terpaksa memunggah air dari kediaman lama.
"Nak solat, payah, nak mandi, payah, nak masak pun payah," katanya ketika ditemui Astro Awani.
Pembinaan sejumlah 138 unit rumah kos rendah ini dilaksanakan kerajaan negeri Kelantan bersama pihak pemaju Bandar Utama Gua Musang.
Topic Berkaitan
#air
#Air Kelantan Sdn Bhd
#Gua Musang
#kerajaan
#rumah
#rumah kos rendah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan