awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada alasan tunda usul undi percaya di Parlimen - Guan Eng

Astro Awani
Astro Awani
31/08/2021
06:39 MYT
Tiada alasan tunda usul undi percaya di Parlimen - Guan Eng
Guan Eng turut mengingatkan Ismail Sabri, sebarang kegagalan untuk membentangkan undi percaya dan menentang titah Yang DiPertuan Agong, akan merosakkan kredibiliti dan kepercayaan terhadap dirinya. - ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Tidak ada sebarang alasan bagi penundaan sidang Parlimen dari 6 kepada 13 September jika usul undi percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak ada dalam agenda atau kertas aturan Dewan Rakyat.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, penangguhan itu disebabkan Ismail Sabri yang dikuarantin di rumah kerana menjadi kontak rapat pesakit positif COVID-19.
"DAP menerima bahawa Perdana Menteri baharu perlu berada di Parlimen, ketika undi percaya sedang dipertimbangkan dan diputuskan oleh Parlimen. Namun, jika tidak ada usul undi percaya, apa gunanya atau alasan penangguhan Parlimen selama satu minggu? Tidak ada alternatif atau kompromi untuk mengadakan usul undi percaya di Parlimen, ia perlu dilaksanakan.
"Pelantikan Perdana Menteri baharu ketika pertengahan penggal parlimen akibat daripada kekosongan, memerlukan undi percaya bagi menunjukkan bahawa beliau mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen seperti yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan negara.
"Bagi Ismail Sabri untuk tidak memasukkan usul undi percaya dalam agenda Parlimen adalah tidak berperlembagaan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
BACA: Sidang penuh Dewan Rakyat ditunda ke 13 September
BACA: PM jalani kuarantin kendiri, tidak hadir istiadat angkat sumpah Kabinet
Pada 18 Ogos, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar Perdana Menteri yang baharu perlu melalui undi percaya di Dewan Rakyat bagi menunjukkan beliau mendapat sokongan majoriti.
Jelas Guan Eng, sebarang kegagalan Ismail untuk melakukannya akan menjadi penentangan terbuka yang boleh ditafsirkan sebagai penderhakaan yang disengajakan dan bersikap keras kepala terhadap Titah Diraja.
Tegasnya, langkah itu akan menjadi permulaan yang tidak baik kepada kepimpinannya sebagai Perdana Menteri.
"Perlu diingatkan, Ismail Sabri tidak patut lupa apa yang terjadi kepada Perdana Menteri sebelumnya yang dilihat tidak taat secara terbuka sehingga menimbulkan rasa dukacita Tuanku.
"DAP tidak faham mengapa Ismail Sabri enggan mengemukakan usul undi percaya ketika Yang di-Pertuan Agong telah mengumumkan bahawa Ismail Sabri memenangi sokongan 114 Ahli Parlimen dan di tengah perbincangan bersama pembangkang untuk fokus memerangi wabak COVID-19, krisis ekonomi yang telah memusnahkan nyawa dan mata pencarian serta melakukan reformasi institusi bagi melindungi demokrasi berparlimen negara.
"Kecuali sekiranya, Ismail Sabri tidak yakin dengan sokongan penuh dan tidak berbelah bahagi daripada Ahli Parlimen Kerajaan," katanya.
Guan Eng turut mengingatkan Ismail Sabri, sebarang kegagalan untuk membentangkan undi percaya dan menentang titah Yang di-Pertuan Agong, akan merosakkan kredibiliti dan kepercayaan terhadap dirinya.
"Tidak ada Perdana Menteri yang ingin menyambut Hari Merdeka pertamanya di bawah situasi seperti ini yang sekali lagi akan menimbulkan ketidakstabilan politik.
"Ini akan memberi kesan yang serius terhadap kemampuan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri untuk memimpin negara memerangi pandemik COVID-19 dan mengeluarkan ekonomi daripada kemelesetan, serta turut mempertaruhkan kredibiliti beliau bagi memenuhi janji untuk melaksanakan reformasi institusi seperti Undang-undang Anti Lompat Parti Anti, yang menyekat Ahli Parlimen melompat parti demi kepentingan politik," tegasnya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#DAP
#Dewan Rakyat
#ekonomi
#kabinet
#kontak rapat
#PM
#pandemik
#Merdeka
#Parlimen
#pembangkang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan