awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada arahan Pengurus Besar PKNS tarik balik surat pecat Azmin - Khusrin

Astro Awani
Astro Awani
21/01/2014
04:55 MYT
Tiada arahan Pengurus Besar PKNS tarik balik surat pecat Azmin - Khusrin
Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi menafikan kenyataan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Othman Omar bahawa kerajaan Selangor mengarahkan perbadanan itu menarik balik surat penamatan perkhidmatan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai Lembaga Pengarah PKNS.
Mohammed Khusrin berkata pihak pengurusan PKNS diminta untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu ini bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.
"Sementara itu, siasatan dalaman sedang dijalankan ke atas Pengurus Besar PKNS dan Setiuasaha Esekutif Kerja PKNS bagi merungkai perkara sebenar di sebalik isu ini," katanya dalam satu kenyataan media.
Khusrin juga mendakwa media melaporkan berita tanpa merujuk fakta yang sahih berkenaan isu penamatan khidmat Azmin.
Semalam, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan media menegaskan pengguguran Azmin kekal bagi mengelakkan sebarang komplikasi perundangan.
Selain itu, dua pegawai PKNS pula telah diarah bertukar tugas ke Ibu Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri berkuat kuasa pada Isnin.
Isu pengguguran Azmin ini hangat diperkatakan apabila Abdul Khalid membuat kenyataan yang mengelirukan dan berdolak-dalik.
Awalnya Abdul Khalid mendakwa beliau dan exco kerajaan Selangor tidak terlibat dalam isu menggugurkan Mohamed Azmin sebagai Lembaga Pengarah PKNS.
Sebaliknya Abdul Khalid menegaskan exco hanya meluluskan cadangan yang dibuat oleh Othman.
"Keputusan bukan dibuat exco. Keputusan tidak sambung Azmin dibuat oleh GM PKNS. Ia bukan keputusan parti. Exco tak buat keputusan itu," katanya.
Sehari selepas itu, Setiuasaha Kerja PKNS, Norita Mohd Sidek membuat kenyataan menafikan dakwaan yang dibuat Abdul Khalid dan menegaskan kuasa membuat lantikan ahli perbadanan itu terletak pada Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN).
Sementara itu, Penasihat Ekonomi Kerajaan selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula membuat kenyataan pengguguran Azmin dibuat tanpa mengikut prosedur dan kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa itu sebagai Lembaga Pengarah PKNS kekal.
Biarpun Anwar membuat kenyataan kedudukan Azmin kekal dan penggugurannya dibuat tidak mengikut prosedur, tetapi Abdul Khalid tetap menegaskan Azmin tetap disingkirkan dan hanya membuat kenyataan menghormati pandangan Anwar.
Semalam, Abdul Khalid sekali lagi membuat kenyataan Azmin tetap digugurkan dan menjelaskan Othman dan Norita telah diarah bertukar tugas ke Ibu Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri berkuat kuasa pada Isnin.
Topic Berkaitan
#Mohamaed Azmin Ali
#Mohammed Khusrin Munawi
#PKNS
#Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan