awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada bukti kaitkan guru dengan kes pedofilia di MRSM Tumpat - Polis

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
29/04/2024
10:43 MYT
Tiada bukti kaitkan guru dengan kes pedofilia di MRSM Tumpat - Polis
Muhammad Zaki memaklumkan siasatan selesai selepas kenyataan diambil daripada kedua-dua pihak. - Gambar fail/Bernama
KOTA BHARU: Tiada bukti dapat dikaitkan dengan seorang guru berhubung dakwaan berlaku kes pedofilia dan gangguan seksual di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat selepas hampir sebulan siasatan dijalankan oleh pihak polis.
Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhammad Zaki Harun yang berkata siasatan selesai selepas kenyataan diambil daripada kedua-dua pihak.
"Setakat ini dari siasatan yang kita buat, dengan fakta yang ada, tiada bukti berlaku apa yang dikatakan gangguan seksual.
"Ini berikutan, guru yang didakwa itu mempunyai sikap dan kriteria yang baik. Namun, kita menunggu laporan perubatan ke atas wanita (yang mendakwa berlakunya perkara terbabit) berkenaan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan pada Isnin.
Tambah beliau, siasatan kini dijalankan mengikut seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan berhubung fitnah jenayah ke atas seorang wanita yang membuat hantaran dakwaan terbabit.
Sebelum ini pihak polis telah memanggil 14 orang saksi termasuk pelajar dan guru terbabit bagi membantu siasatan dakwaan berlaku gangguan seksual di MRSM terbabit.
Topic Berkaitan
#kes pedofilia
#gangguan seksual
#MRSM Tumpat
#Ketua Polis Kelantan
#muhammad zaki harun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan