awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada cadangan kenaikan tol - Rosnah

Bernama
Bernama
10/07/2017
10:33 MYT
Tiada cadangan kenaikan tol - Rosnah
Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata keputusan untuk mengekalkan kadar tol bagi 12 konsesi lebuh raya seperti yang diumumkan pada tahun lepas masih tidak berubah.
Kementerian Kerja Raya menegaskan tiada sebarang perbincangan dibuat berkenaan kenaikan kadar tol setakat ini.
Timbalan Menterinya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata keputusan untuk mengekalkan kadar tol bagi 12 konsesi lebuh raya seperti yang diumumkan pada tahun lepas masih tidak berubah.
"Setakat ini, tidak ada (perbincangan berkaitan kadar tol), tiada keputusan seperti itu," katanya ketika ditemui pemberita dekat sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai sebarang kenaikan kadar tol susulan terdapat empat lebuh raya yang berhak menerima kenaikan tol tahun ini.
Empat lebuh raya tersebut adalah Lebuhraya Penyuraian Trafik Johor Timur (EDL), Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) dan Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE).
Terdahulu, Rosnah hadir menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 40 anak yatim pusat kebajikan Baitul Ulfah Centre pada majlis rumah terbuka anjuran Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (LITRAK).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin
#kadar tol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan