awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada cadangan rasmi dipersetujui mengenai 'de-dollarisation' - Tengku Zafrul

Faida Rahim
Faida Rahim
05/12/2024
04:00 MYT
Tiada cadangan rasmi dipersetujui mengenai 'de-dollarisation' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, peranan dan hala tuju BRICS perlu dilihat secara lebih holistik, dan bukan semata-mata satu platform untuk mengimbangi kuasa ekonomi negara Barat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Tiada cadangan rasmi telah dipersetujui bagi tujuan de-dollarisation atau pengurangan kebergantungan kepada dolar Amerika Syarikat (AS) yang menjadi mata wang tradisi perdagangan antarabangsa.
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman mengenai pendirian Malaysia selaku rakan kongsi dalam BRICS apabila Donald Trump mengancam untuk mengenakan 100 peratus tarif ke atas negara-negara BRICS yang dalam perancangan menggantikan dolar AS.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu menjelaskan, peranan dan hala tuju BRICS perlu dilihat secara lebih holistik, dan bukan semata-mata satu platform untuk mengimbangi kuasa ekonomi negara Barat.
"Pada pandangan Malaysia, BRICS adalah satu platform yang semakin penting dalam mengetengahkan pandangan dan pendirian mengenai isu-isu ekonomi serantau melalui dialog, forum atau perbincangan yang lebih strategik secara tidak mengikat (non-binding).
"Pada masa sama, tidak dapat dinafikan terdapat kesalingbergantungan yang tinggi dalam hubungan perdagangan dan ekonomi di antara Malaysia dan AS terutamanya dalam rantaian bekalan semikonduktor yang mana syarikat-syarikat AS adalah pelabur utama di Malaysia dalam sektor ini," katanya.
Tambah beliau, hubungan perdagangan yang saling melengkapi ini dapat dilihat berdasarkan statistik semasa di mana pada tahun 2023, AS merupakan rakan dagang ketiga terbesar Malaysia manakala Malaysia pula merupakan rakan dagang ke-19 terbesar AS.
Mengulas lanjut, katanya sebarang langkah mengenakan tarif 100 peratus hanya akan merugikan kedua-dua belah pihak yang saling bergantung dalam usaha untuk mencegah gangguan dalam rantaian bekalan global.
Topic Berkaitan
#Tengku Zafrul
#Donald Trump
#de-dollarisation
#BRICS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan