awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada caj tambahan untuk penjadualan semula penerbangan buat pelajar terjejas - KPT

Kenyataan Media
Kenyataan Media
04/10/2020
01:34 MYT
Tiada caj tambahan untuk penjadualan semula penerbangan buat pelajar terjejas - KPT
Pelajar IPT yang terkandas di kampus masing-masing dan ingin pulang ke kampung halaman tidak akan dikenakan caj tambahan bagi penjadualan semula tiket penerbangan. -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR:Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang terkandas di kampus masing-masing dan ingin pulang ke kampung halaman tidak akan dikenakan caj tambahan bagi penjadualan semula tiket penerbangan.
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ketika mengumumkan perkara itu berkata syarikat penerbangan AirAsia Berhad dan Malaysia Airlines Berhad (MAB) bersetuju memansuhkan bayaran tambahan itu selain bekerjasama menguruskan pelajar yang terjejas.
Pelajar terbabit diminta menghubungi IPT masing-masing untuk mendapatkan maklumat berhubung perkara itu sebelum tarikh akhir pada 31 Disember ini, menurut kenyataan itu lagi.
Media pada Sabtu melaporkan dilema dihadapi para pelajar dan ibu bapa ekoran tindakan KPT yang mengumumkan penangguhan pendaftaran secara fizikal ke IPT bagi sesi baharu pangajian bulan ini.
Hashtag #SiswaJagaSiswa menjadi trending dengan laman Twitter dibanjiri tawaran bantuan daripada anggota masyarakat serta kalangan siswa yang menawarkan antaranya tempat tinggal sementara, makanan dan tidak kurang juga wang ringgit.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad tampil memohon maaf selepas dikritik di media sosial.
BACA: #SiswaJagaSiswa: Twitter dibanjiri bantuan kepada pelajar terkandas
BACA: Universiti Malaya tetap sambut pelajar, beri pilihan tinggal di kampus atau pulang
BACA: Menteri Pengajian Tinggi mohon maaf
Topic Berkaitan
#Malaysia Airlines
#AirAsia
#penerbangan
#Institusi Pengajian Tinggi
#Kementerian Pengajian Tinggi
#caj tambahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan