awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada caruman tambahan KWSP dipotong daripada gaji suami - TPM

Bernama
Bernama
29/05/2018
07:34 MYT
Tiada caruman tambahan KWSP dipotong daripada gaji suami - TPM
WAN AZIZAH: Kita tidak ambil tambahan, hanya ambil daripada 11 peratus. - Gambar fail/Astro AWANI
Cadangan mewujudkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada golongan suri rumah tidak melibatkan caruman tambahan dipotong daripada gaji suami, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Dr Wan Azizah, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkata sebaliknya hanya dua peratus daripada 11 peratus gaji suami yang dicarumkan kepada KWSP dicadang dipotong untuk tujuan itu.
"Kita tidak ambil tambahan, hanya ambil daripada 11 peratus. Bagilah pengiktirafan kepada wanita," katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan ke Rumah Ehsan untuk warga emas di Kuala Kubu Bharu dekat sini, hari ini.
Dr Wan Azizah berkata kementerian akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Shahril Ridza Ridzuan pada Khamis bagi membincangkan mekanisme pelaksanaan pemotongan caruman tersebut.
Antara perkara yang akan diberi perhatian ialah soal suami yang mempunyai isteri lebih daripada satu.
Caruman KWSP kepada golongan suri rumah merupakan antara janji Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum lalu. Dr Wan Azizah merupakan Presiden.
Selain caruman daripada pendapatan suami, cadangan itu turut melibatkan RM50 daripada kerajaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#caruman
#gaji suami
#Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
#KWSP
#Pakatan Harapan
#PH
#Suri Rumah
#Timbalan Perdana Menteri
#Wan Azizah Wan Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan