awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jakim tidak keluar sijil halal untuk produk sabun berasaskan khinzir
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada halangan penduduk terus berada di Kampung Setia Jaya sementara isu penempatan diselesaikan

Bernama
Bernama
28/12/2023
09:44 MYT
Tiada halangan penduduk terus berada di Kampung Setia Jaya sementara isu penempatan diselesaikan
Dr Zaliha berkata perkara itu dicapai hasil mesyuarat bersama wakil Yayasan Pendidikan Tunku Abdul Rahman (TAR) terdiri daripada Tan Sri Lim Keng Cheng dan Datuk Seri Yew Teong Look, hari ini.
PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata pihak Yayasan Pendidikan Tunku Abdul Rahman (TAR) secara prinsipnya tiada halangan untuk membenarkan penduduk untuk terus berada di Kampung Setia Jaya, Setapak sementara isu penempatan mereka diselesaikan.
Dr Zaliha berkata perkara itu dicapai hasil mesyuarat bersama wakil Yayasan Pendidikan Tunku Abdul Rahman (TAR) terdiri daripada Tan Sri Lim Keng Cheng dan Datuk Seri Yew Teong Look, hari ini.
"Secara keseluruhannya, saya mendapati perbincangan tersebut merupakan satu perbincangan yang positif dan saya yakin bahawa isu ini dapat diselesaikan dengan baik setelah tertangguh selama lebih 30 tahun," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dr Zaliha berkata perbincangan itu turut memberi fokus kepada isu penggantian rumah kepada penduduk dengan penyelesaian terbaik yang akan diperincikan dengan lebih lanjut.
"Perbincangan susulan akan diadakan bagi memastikan isu ini dapat diselesaikan dengan seberapa segera," katanya.
Dr Zaliha berkata perjumpaan itu turut dihadiri Ahli Parlimen Wangsa Maju Zahir Hassan dan Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Azman Abidin.
Sebelum ini, media melaporkan kira-kira 500 penduduk bakal kehilangan penempatan mereka selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberikan pemilikan tanah Kampung Setia Jaya kepada pemilik tanah Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) pada 11 Dis lepas dan penduduk diarah mengosongkan tanah itu dalam tempoh 18 bulan.
Sementara itu di Kuala Lumpur, Zahir dalam sidang media selepas mengadakan pertemuan bersama wakil penduduk Kampung Setia Jaya di sini berkata maklum balas daripada pihak Yayasan Pendidikan TAR yang secara prinsipnya tiada halangan untuk membenarkan penduduk untuk terus berada di kampung itu sementara isu penempatan mereka diselesaikan memberi kelegaan buat mereka.
Beliau dalam pada itu meminta supaya isu berkenaan tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak.
"Isu ini adalah isu penempatan, isu kebajikan penduduk di sini dan keluarga. Jangan kita cuba mempolitikkannya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kampung Setia Jaya
#Penduduk
#Dr Zaliha Mustafa
#Yayasan Pendidikan Tunku Abdul Rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan