awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada jaminan ubah kerajaan dapat selesai masalah negara - Ilham Centre

Astro Awani
Astro Awani
03/07/2021
03:53 MYT
Tiada jaminan ubah kerajaan dapat selesai masalah negara - Ilham Centre
Pandangan rakyat semakin membarah dan teruk sehingga menuntut tindakan Istana Negara dan Yang di-Pertuan Agong bagi menyelesaikan keresahan yang timbul di kalangan rakyat. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Tiada sebarang jaminan perubahan kerajaan pada saat pandemik COVID-19 ini dapat menyelesaikan masalah yang melanda negara.
Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisomuddin Bakar menjelaskan, isu berkenaan muncul semasa pelaksanaan darurat, perintah kawalan pergerakan dan 'total lockdown' yang tidak memberi kesan kepada penurunan kes.
Malah, ujarnya, pandangan rakyat semakin membarah dan teruk sehingga menuntut tindakan Istana Negara dan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menyelesaikan keresahan yang timbul di kalangan rakyat.
"Jadi, sebenarnya dalam situasi kritikal begini, memang tidak mampu menyelesaikan masalah secara tuntas. Tiada jaminan bahawa sekiranya berlaku perubahan kerajaan, boleh selesai masalah.
"Tetapi keresahan rakyat tidak terbendung, menyebabkan rakyat tidak kisah, janji mereka mampu untuk mendapat kelegaan dan sinar baik pada masa akan datang.
"Jadi, walaupun sebenarnya tidak nampak mana-mana pihak mampu memberikan penyelesaian isu semasa, prestasi kerajaan menyebabkan situasi itu menjurus ke arah begini," katanya ketika dihubungi hari ini.
BACA: Cadangan sidang khas Parlimen sebelum 1 Ogos - YDP Dewan Rakyat, Dewan Negara
BACA: Buka Parlimen: "Kalau faham Bahasa Melayu, mereka akan akur Titah Tuanku" - Anwar Ibrahim
Dalam pada itu Hisomuddin menjelaskan, paling penting ketika ini ialah untuk menyerahkan kepada Parlimen bagi menentukan keabsahan majoriti kerajaan sedia ada.
Katanya, Al-Sultan Abdullah telah mengambil tindakan menyerahkan kembali proses kepada Parlimen, selain sidang yang akan membincangkan pentadbiran negara dalam isu COVID-19, keyakinan kerajaan dan eknomi.
Yang di-Pertuan Agong sebelum ini menzahirkan titah pandangan bahawa sidang Parlimen perlu diadakan sebelum 1 Ogos 2021.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Parlimen
#PKP
#COVID-19
#total lockdown
#perubahan kerajaan
#jaminan
#Hisomuddin Bakar
#ILHAM Centre
#penurunan kes
#perintah kawalan pergerakan
#keresahan rakyat
#Yang di-Pertuan Agong
#kerajaan
#keabsahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan