awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga cedera dalam kejadian tembakan di sekolah di Songkhla, Thailand
Bekas setiausaha politik bekas KM Melaka, isteri ditahan terima rasuah RM3 juta
SPRM kerjasama SFO UK siasat transaksi RM2.5 bilion IJM Corp - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada kejadian tembak-menembak di Esscom, kata Zahid Hamidi

Bernama
Bernama
18/07/2014
14:44 MYT
Tiada kejadian tembak-menembak di Esscom, kata Zahid Hamidi
Tiada kejadian tembak-menembak di Esscom, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. - Gambar Fail
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menafikan berlakunya kejadian tembak-menembak di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) awal pagi ini.
Beliau berkata kementerian akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab menyebarkan khabar angin itu.
"Janganlah terlalu seronok untuk menyebarkan khabar angin dan berita palsu melalui media sosial yang boleh mewujudkan kebimbangan rakyat.
"Jangan suka mengeruhkan keadaan kerana pihak keselamatan berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan keadaan di kawasan itu selamat," katanya kepada pemberita selepas rakaman ucapan Aidilfitri di pejabatnya di Putrajaya hari ini.
Beliau berkata rakyat negara ini tanpa mengira fahaman politik sepatutnya bersatu hati demi keselamatan negara.
Terdahulu Bernama melaporkan Komander Esscom DCP Datuk Abdul Rashid Harun turut menyangkal laporan media sosial kononnya berlaku kejadian tembak-menembak antara anggota keselamatan dengan kira-kira 200 pengganas Sulu Filipina di kawasan itu.
Rashid meminta rakyat negeri ini supaya tidak merasa cemas dan takut kerana keadaan keselamatan khususnya Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) terkawal.
Katanya orang ramai boleh menghubungi Bilik Gerakan Esscom atau pejabat polis daerah berdekatan bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih berhubung status keselamatan di ESSZone.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
#ESSCom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan