awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
27 ditahan, 9 didakwa susulan kekecohan ketika protes bantah lawatan Presiden Israel ke Australia
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada keperluan sidang khas Dewan Rakyat bincang bencana banjir - Pas

Astro Awani
Astro Awani
06/01/2022
08:21 MYT
Tiada keperluan sidang khas Dewan Rakyat bincang bencana banjir -  Pas
Mohd Amar berpandangan tiada keperluan sidang khas Dewan Rakyat itu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pas berpandangan tidak perlu diadakan sidang khas Dewan Rakyat mengenai banjir seperti yang dicadangkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Sebaliknya menurut Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah, tumpuan sepatutnya diberikan dalam usaha memulihkan kehidupan selepas banjir.
“Buat apa saya tak tahu, apa maksud dia nak buat special meeting (Dewan Rakyat)? Sebab banjir ini fenomena tahunan. Berlakunya teruk atau tidak, Kelantan setiap tahun banjir.
"Bagi saya buat apa nak buat special sitting, yang penting selesaikan dulu (masalah) mangsa banjir. Itu penting, macam 2014 di Kelantan itu berlaku 50 tahun sekali,” katanya di sini hari ini.
Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Ahmad Zahid berhubung cadangan diadakan sidang khas Dewan Rakyat mengenai banjir.
Ahmad Zahid berpandangan sidang khas Dewan Rakyat boleh dijadikan platform untuk mengutarakan pandangan bagi membantu kerajaan menangani dan menghadapi bencana banjir.
Mohd Amar bagaimanapun berpendapat soal pengurusan dan koordinasi banjir mungkin boleh ditambah baik dari semasa ke semasa berdasarkan pengalaman yang lalu.
Banjir yang melanda Selangor dan sebahagian Pahang baru baru ini di luar jangka yang menyebabkan banyak pihak terkejut.
Topic Berkaitan
#Banjir 2021
#Sidang Khas Dewan Rakyat
#Zahid Hamidi
#PAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan