awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada lagi 'walk in' ke Pangkor, pelancong perlu buat tempahan terlebih dahulu

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
16/09/2021
08:22 MYT
Tiada lagi 'walk in' ke Pangkor, pelancong perlu buat tempahan terlebih dahulu
Pelancong yang ingin ke Pulau Pangkor perlu menempah tiket feri terlebih dahulu bagi mengelakkan berlaku kesesakan di terminal jeti ke pulau peranginan itu. - Gambar fail/BERNAMA
IPOH: Pelancong yang ingin ke Pulau Pangkor perlu menempah tiket feri terlebih dahulu bagi mengelakkan berlaku kesesakan di terminal jeti ke pulau peranginan itu.
Ini bermakna, pelancong tidak lagi boleh ‘walk in’ ke Pulau Pangkor atau berkunjung ke sana secara jumpa terus apabila inisiatif gelembung pelancongan dijangka dilaksanakan November depan.
Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, cara itu juga dapat mengurangkan masa menunggu mereka.
"Kami akan syorkan selepas ini tidak ada lagi 'walk in' dan kita akan pastikan semua melalui sistem tempahan yang sedia terlebih dahulu.
"Itu untuk kurangkan kesesakan kerana tak ada cara lain, kalau tidak ramai orang yang akan tunggu dan ia akan jadi sesak di kawasan terminal yang kita tahu memang agak kecil," katanya ketika ditemui selepas merasmikan tempat rehat dan rawat rider (3R) di Ipoh pada Khamis.
Menurutnya, selain tiket feri, pelancong juga dikehendaki menempah awal penginapan mereka secara atas talian.
Ahad lalu, Nolee Ashilin berkata Pulau Pangkor dijangka dibuka kepada pengunjung pada 1 November depan berpandukan inisiatif gelembung pelancongan.
BACA: Pulau Pangkor dijangka buka 1 November - Exco
Bagaimanapun, ia tertakluk kepada keputusan Majlis Keselamatan Negara yang akan dibentangkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.
Topic Berkaitan
#Pulau Pangkor
#tempahan
#walk in
#Nolee Ashilin Mohammed Radzi
#Penginapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan