awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada maklumat anggota Daish cuba masuk melalui sempadan

Bernama
Bernama
06/03/2016
14:25 MYT
Tiada maklumat anggota Daish cuba masuk melalui sempadan
Polis Malaysia dan Thailand sentiasa bekerjasama erat di sempadan. - Gambar fail
Polis tidak menerima sebarang maklumat mengenai anggota Daish berjaya menyeberang masuk ke negara ini melalui pintu sempadan Malaysia/Thailand di sini.
Ketua Polis Perlis, SAC Shafie Ismail berkata polis Malaysia dan Thailand sentiasa bekerjasama erat membanteras aktiviti pengganas serta bertukar maklumat perisikan.
"Padang Besar tidak terkesan dengan Daesh yang cuba menyeberang masuk. Saya dapati keadaan keselamatan di sempadan Malaysia/Thailand bertambah baik," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau ditemui selepas menyambut ketibaan 20 peserta program 'Kayuhan Beca Melaka' di Dataran Arked MARA di sini.
Menurut Shafie, aktiviti penyeludupan di kawasan sempadan telah berkurangan berikutan maklumat Jabatan Kastam Perlis menunjukkan bahawa kutipan cukai telah meningkat berkali ganda.
"Perkembangan positif ini berikutan langkah-langkah kawalan keselamatan yang diambil dengan menempatkan Pasukan Gerak Am di kawasan yang dikenal pasti bermasalah di sepanjang sempadan memberi kesan," katanya.
Topic Berkaitan
#aktiviti daish
#ancaman Daish
#kerjasama polis Malaysia-Thailand
#pengganas
#sempadan Malaysia Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan