awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada pengawal keselamatan ketika rumah Khairy dirompak - Polis

Bernama
Bernama
03/07/2013
11:11 MYT
Tiada pengawal keselamatan ketika rumah Khairy dirompak - Polis
Gambar Arkib
Tidak ada pengawal keselamatan dari pasukan polis ketika kejadian rompakan di rumah Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin pada Sabtu lepas, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah.
Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati rumah menteri itu di Jalan Setiabistari, Bukit Damansara di sini tidak mempunyai sebarang kawalan keselamatan semasa kejadian itu.
Ketika ditanya kenapa rumah menteri tersebut tidak mempunyai pengawal keselamatan, Ku berkata pengawal keselamatan dari pasukan polis dijadual bertugas di rumah menteri itu pada hari ini (3 Julai), namun disebabkan insiden itu, pengawal mula bertugas keesokannya iaitu sehari selepas kejadian rompakan itu.
"Proses untuk melantik pengawal baharu masih dalam perbincangan (pada masa itu), ini kerana ada menteri yang ditukar (portfolio) dan ada menteri baharu (dilantik)," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) di sini, hari ini.
Ku berkata polis sudah mendapat lakaran wajah dua daripada empat suspek berdasarkan maklumat daripada pembantu rumah menteri itu dan sedang memburu mereka.
"Kita telah melakar dua gambar lelaki yang dipercayai terlibat dalam rompakan itu berdasarkan maklumat pembantu rumah menteri itu," katanya sambil meminta orang ramai menghubungi mana-mana balai polis sekiranya mempunyai maklumat berkenaan suspek.
Dalam kejadian pada Sabtu lepas, empat lelaki yang menaiki kereta Proton Waja, memasuki rumah menteri berkenaan lalu melarikan beberapa komputer riba dan jam tangan.
Khairy dan isteri tiada di rumah pada masa kejadian kecuali pembantu rumah mereka.
Topic Berkaitan
#jenayah
#KHAIRY
#Ku Chin Wah
#pengawal
#rompak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan