awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada SST bagi perkhidmatan pembinaan, bahan mentah utama

Bernama
Bernama
12/08/2018
04:44 MYT
Tiada SST bagi perkhidmatan pembinaan, bahan mentah utama
KERAJAAN Persekutuan berharap kos pembinaan akan menjadi lebih rendah susulan pengecualian cukai SST ke atas bahan mentah utama seperti simen, pasir dan besi. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Tekanan membabitkan harga rumah, bangunan perindustrian dan komersial dijangka dapat diringankan berikutan pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) serta pengecualiannya di bawah Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Sehubungan itu, beliau berkata Kerajaan Persekutuan berharap kos pembinaan akan menjadi lebih rendah susulan pengecualian cukai SST ke atas bahan mentah utama seperti simen, pasir dan besi.
"Menerusi cadangan pengecualian barang-barang tersebut daripada SST dan kaedah pelaksanaan cukai SST yang lebih baik berbanding GST, saya berharap pihak pemaju dan pembeli mendapat faedah berikutan pengurangan beban cukai ini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Di bawah regim GST, bahan-bahan asas seperti batu-bata, simen, pasir dan lain-lain bahan pembinaan dikenakan GST pada kadar enam peratus.
Malah, perkhidmatan pembinaan juga turut dikenakan GST sebanyak enam peratus.
Berikutan itu, kata Lim, ia telah meningkatkan kos pembinaan di bawah era GST termasuk kenaikan harga rumah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bahan binaan
#GST
#Lim Guan Eng
#Menteri Kewangan
#SST
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan