awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada wakil Malaysia ke Miss Universe di Israel

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
17/08/2021
04:42 MYT
Tiada wakil Malaysia ke Miss Universe di Israel
Organisasi Miss Universe Malaysia memaklumkan keputusan itu dibuat selepas mengambil kira situasi pandemik COVID-19 ketika ini.
KUALA LUMPUR: Malaysia tidak akan menghantar wakil ke pertandingan ratu cantik Miss Universe edisi ke-70 yang bakal berlangsung di Israel, Disember depan.
Menerusi kenyataan rasmi, Organisasi Miss Universe Malaysia memaklumkan, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira situasi pandemik COVID-19 ketika ini.
"Kami ambil perhatian keputusan Organisasi Miss Universe untuk mengadakan edisi ke-70 di Eilat, Israel pada Disember ini.
"Malangnya, dengan situasi COVID-19 yang membuatkan perjalanan domestik dan antarabangsa menjadi terhad, kami tidak dapat mengadakan pemilihan wakil tahun ini.
"Kami dengan itu menolak jemputan untuk pertandingan tahun ini.
"Kami ucapkan selamat berjaya kepada semua peserta dan tidak sabar untuk kembali bertanding pada masa akan datang," kata kenyataan itu.
View this post on Instagram
A post shared by Miss Universe Malaysia Org. (@missuniversemalaysia)
Edisi ke-69 yang berlangsung Mei lalu di Florida, Amerika Syarikat, menyaksikan Malaysia diwakili peserta dari Sarawak, Francisca Luhong James.
Ratu Mexico, Andrea Meza diumumkan sebagai pemenang edisi tersebut.
Misi di pentas Hollywood
BACA: Francisca Luhong dan cabaran mengakhiri penantian Malaysia di pentas Miss Universe
Topic Berkaitan
#Miss Universe
#COVID-19
#Malaysia
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan