awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada warga Malaysia terjejas dalam ribut di barat daya England, Wales

Bernama
Bernama
28/10/2013
23:31 MYT
Tiada warga Malaysia terjejas dalam ribut di barat daya England, Wales
Kira-kira 1,000 pelajar Malaysia yang menuntut di daerah-daerah terjejas di United Kingdom berikutan ribut St Jude yang melanda Barat Daya England dan Wales selamat pada masa ini, kata Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom Datuk Seri Zakaria Sulong.
Bercakap kepada pemberita di sini pada Isnin, beliau berkata banyak kerosakan dilaporkan di sekitar kawasan berkenaan terutama di Cardiff, Swansea and Bristol.
"Setakat ini, tiada laporan mengenai kecederaan atau kerosakan akibat ribut itu yang melibatkan pelajar kita atau masyarakat Malaysia yang tinggal di kawasan ini," kata beliau.
Terdapat 488 pelajar Malaysia ketika ini di Cardiff, 234 di Bristol dan selebihnya di Swansea.
Zakaria berkata kira-kira 70,000 rakyat Malaysia dianggarkan tinggal di United Kingdom termasuk 14,500 pelajar.
"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) agak kecewa kerana tidak dapat pergi ke Manchester untuk mengunjungi masyarakat Malaysia di sana.
"Beliau akan cuba pergi ke Manchester pada masa lain," kata beliau.
Terdahulu, Najib, yang dijadual memulakan hari pertama lawatannya ke Manchester hari ini, terhalang oleh ribut tersebut.
Perdana Menteri sepatutnya menaiki pesawat kerajaan dari Luton ke Manchester untuk menghadiri majlis '1Malaysia for Youth' (iM4U) dan bertemu dengan masyarakat setempat yang tinggal di Manchester.
Ribut St Jude terburuk dalam sedekad lalu, dilaporkan bertiup pada kelajuan lebih 100 batu sejam dan kini menuju Denmark dan Jerman.
Sekalipun berlaku pembatalan itu, Najib akan tetap menghadiri majlis jamuan dihos oleh City of London Corporation lewat hari ini di Old Library Guildhall, Gresham Street, bersempena Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) ke-9 dari 29 Okt hingga 31 Okt.
Najib, yang tiba di London awal pagi Ahad dari Kuala Lumpur, berada di sini untuk lawatan kerja ke UK dari 27 hingga 31 Okt.
Topic Berkaitan
#barat daya england
#Malaysia
#pelajar
#ribut
#St Jude
#Wales
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan