awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada zon larangan terbang semasa Sidang Kemuncak ASEAN - CAAM

Bernama
Bernama
17/05/2025
14:00 MYT
Tiada zon larangan terbang semasa Sidang Kemuncak ASEAN - CAAM
Kapten Norazman berkata sebarang sekatan atau larangan penerbangan kekal terpakai di kawasan telah digazetkan dan diumumkan secara rasmi melalui dokumen AIP. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Tiada zon larangan terbang bagi pesawat udara diisytiharkan di lokasi berlangsungnya Sidang Kemuncak ASEAN di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 26 dan 27 Mei ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Datuk Kapten Norazman Mahmud berkata sebarang sekatan atau larangan penerbangan kekal terpakai di kawasan telah digazetkan dan diumumkan secara rasmi melalui dokumen Penerbitan Maklumat Aeronautik (AIP) dan notis kepada juruterbang (NOTAM).
"Semua pihak disarankan merujuk maklumat ini bagi memastikan pematuhan kepada peraturan semasa," katanya ketika dihubungi hari ini.
Selain itu, beliau turut memaklumkan penggunaan dron di kawasan sekitar KLCC turut dibenarkan sepanjang persidangan berlangsung.
Beliau berkata pihaknya sentiasa menjalinkan kerjasama rapat dengan agensi keselamatan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi tujuan pengawasan, kawalan serta penyelarasan aktiviti penerbangan yang melibatkan unsur keselamatan dan ketenteraman awam.
"CAAM turut bekerjasama dengan agensi kerajaan lain seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) bagi sebarang aktiviti penerbangan dron di dalam negara.
"Kerjasama ini penting bukan sahaja dalam konteks kawalan ruang udara, tetapi juga memastikan setiap penerbangan yang beroperasi di Malaysia mematuhi peraturan keselamatan ditetapkan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KLCC
#ASEAN
#MCMC
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan